SMK PASIR PANJANG
MENYAMBUT KETIBAAN KONVOI KEMBARA JALUR GEMILANG 2015 SEMPENA PELANCARAN BULAN
KEMERDEKAAN PERINGKAT SMKPP.....
Bersempena menyambut
bulan kemerdekaan kali ke 58 tahun ini ,
buat julung kalinya SMK Pasir Panjang , Port Dickson (SMKPP) dengan kerjasama
Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sembilan ,telah menyambut ketibaan konvoi Kembara Jalur
Gemilang 2015 yang terdiri daripada 30 buah
agensi-agensi kerajaan dan badan-badan berkanun yang disertai oleh 104 orang
peserta termasuk anggota-anggota PDRM dan konvoi ini diketuai oleh En. Tan Fook
Min , Penolong Pengarah PKPM , Jabatan Penerangan Malaysia , Negeri Sembilan .
Majlis telah dirasmikan
oleh YB Tuan Haji Abdul Rahman Bin Mohd Redza, Adun Linggi.
Menurut En. Muhamad
Ramadan Bin Ab. Rahim, skuad peninjau konvoi dari Jabatan Penerangan Malaysia ,
konvoi Kembara Jalur Gemilang peringkat Negeri Sembilan telah dilancarkan oleh
YAB Menteri Besar Negeri Sembilan , Datuk Mohamad Bin Hasan pada 17 hb Ogos
yang lalu di Dewan Majlis Perbandaran Seremban . Konvoi tersebut menjelajah ke
16 destinasi dan berakhir pada 20 hb Ogos ini di Dewan Majlis Perbandaran
Nilai.
SMKPP adalah merupakah
destinasi yang ke 4 dan antara objektif
konvoi kembara Jalur Gemilang ini adalah untuk menyeru kepada rakyat untuk
mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang bulan kemerdekaan , di samping itu bagi
memupuk semangat patriotik di kalangan masyarakat agar cintakan Negara .
Dalam ucap utama ketua konvoi, En. Tan Fook Min , beliau memaklumkan mahu memasyarakatkan agensi-agensi yang terlibat dan dapat menyalurkan maklumat melalui penyebaran risalah dan pamplet kepada golongan sasaran tertentu.
Manakala dalam ucapan perasmian , YB Tuan Haji Abdul Rahman Bin Mohd Redza , menyifatkan program seumpama ini , sangat penting dan bermakna serta perlu dihayati oleh seluruh rakyat Malaysia . Ini kerana , kemerdekaan yang dikecapi hari ini adalah sesuatu yang sangat mahal dan tidak mampu dibayar oleh generasi kini . Maka generasi hari ini perlu berusaha memperbaiki diri menjadi insan yang berjaya bagi memimpin negara pada masa depan.
Majlis pelancaran bulan merdeka dan sambutan konvoi kembara Jalur Gemilang 2015 merdeka diakhiri dengan menyerahkan Jalur Gemilang oleh ketua konvoi , En. Tan Fook Min kepada ketua-ketua Kampung sekitar Pasir Panjang , antaranya, En. Noor Hashim Bin Idris (Ketua Kampung Pasir Panjang ), En . Abdul Jalil Hasan Bin Abdullah (Ketua Kampung Sg. Raya ) , En Abu Bakar Bin Yusof ( Ketua Kampung Teluk Pelanduk ), serta kepada En Mohd Zulkifli Bin Mad Rais (Pegawai Jasa Daerah Port Dickson), En. Zulhilmy (waklil JKKK Pengkalan Durian , Linggi ) dan En. Ahmad Muzammil dari Kolej Uniti Pasir Panjang.
Aktiviti dimulakan dengan aktiviti mewarna lukisan berkaitan dengan kemerdekaan....
Pengedaran majalah , pamplet dan risalah dari Jabatan Penerangan Malaysia , Negeri Sembilan
bersedia untuk diedarkan kepada semua warga SMKPP...
Guru-guru berpeluang membaca majalah yang diedarkan...
Murid-murid SMKPP bersedia beratur sambil memegang Jalur Gemilang, menunggu ketibaan peserta konvoi kembara Jalur Gemilang.
Ketibaan YB, Abdul Rahman Bin Mohd Redza , Adun Linggi untuk merasmikan majlis pelancaran.
Peserta konvoi masuk ke perkarangan sekolah didahului oleh pasukan anggota PDRM...
Peserta Konvoi Kembara Jalur Gemilang selamat sampai ke SMK Pasir Panjang, disambut oleh Ketua Panitia Sejarah SMKPP , En. Kanna Paramathma.
Nyanyian lagu patriotik oleh barisan koir SMKPP....
Ucapan alu-aluan oleh En. Abdul Wahid Bin Abdul Ghani, mewakili Pengetua ...
Ucapan perasmian pelancaran bulan kemerdekaan peringkat SMKPP ,oleh YB Abdul Rahman...
Bersama menyanyi lagu Jalur Gemilang,,,,
Konvoi Kembara Jalur Gemilang , bersiap sedia untuk meneruskan perjalanan setelah hampir sejam bersama warga SMKPP....