Menjelang abad 21 kini pelbagai teknologi baru digunakan untuk memantapkan pengajaran dan pembelajaran (pdp) .
Maka , mulai 2015 ini semua guru digalakkan untuk menggunakan pendekatan baru bagi memantapkan pdp di dalam kelas . Untuk itu semua guru SMKPP telah hadir dalam sessi LDP pertama pada tanggal 30hb Disember 2014 lalu bagi memantapkan pengetahuan mengenai pelaksanaan pedagogi Alaf 21 .
Dua fasilitator yang juga guru SMKPP dan seorang lagi guru dari SMK Intan Perdana iaitu Pn. Bibi Sarah Binti Hasrap dan juga Pn. Maznira Binti Mohd Kuzin telah berkongsi ilmu mengenai pedagogi yang bakal dilaksanakan.
Info PdP Alaf 21 ;(Dapatan daripada LDP)
- PdP alaf 21 mempunyai tujuh teras utama pedagogi iaitu ;
1. Perancangan Pengajaran , Kandungan dan Penyampaian
2. Mencipta persekitaran Pengajaran yang positif
3. Pentaksiran untuk Pembelajaran
4. Pembelajaran Kolaboratif dan Koperatif
5. Kemahiran Penyoalan dan Berfikir
6. Pembezaan
7. Pengetahuan Profesional dan Refleksi
Ciri-ciri Pedagogi Alaf 21
2. Mencipta persekitaran Pengajaran yang positif
3. Pentaksiran untuk Pembelajaran
4. Pembelajaran Kolaboratif dan Koperatif
5. Kemahiran Penyoalan dan Berfikir
6. Pembezaan
7. Pengetahuan Profesional dan Refleksi
Ciri-ciri Pedagogi Alaf 21
- PdP alaf 21 menekankan pembelajaran secara koperatif dan koloboratif , manakala guru bertindak sebagai fasilitator di dalam kelas.
- Susun atur kerusi meja di dalam kelas pula adalah berbentuk kumpulan , bagi memudahkan murid berbincang dan berinteraksi antara satu sama lain. Pendekatan pengajaran menggalakkan penggunaan teknologi maklumat (ICT) sesuai dengan peredaran masa yang kini terdedah dengan internet dan aplikasi media yang lain.
- Guru perlu menulis objektif pembelajaran di papan putih supaya murid jelas matlamat aktiviti yang dijalankan .
- melibatkan persekitaran pembelajaran emosi dan pembelajaran fizikal
PERSEKITARAN PEMBELAJARAN EMOSI :
- Guru menetapkan peraturan murid perlu mematuhi peraturan dan rutin yang ditetapkan .
- Murid ditekankan dengan ganjaran dan akibat
- Guru mempamer dan menggalakkan harapan yang jelas dan tinggi berdasarkan rasa hormat, penghargaan , empati dan persefahaman
- Bahasa positif , kata - kata semangat dan motivasi perlu ada dalam pdp.
- Sessi pdp diadakan dalam keadaan selesa, selamat , cekap dan mesra
- Susun atur melibatkan pembelajaran berpusatkan murid , sesuai dengan usia dan mata pelajaran
- Menyediakan peluang murid akses sumber pembelajaran
- Bahan pembelajaran dan hasil kerja murid dipamerkan.
PERBEZAAN DI ANTARA PEDAGOGI KONVENSIONAL DAN ALAF 21
Dapatan daripada LDP ini maka dapat dirumuskan ;persediaan berikut untuk melaksanakan pdp abad ke 21 ;
1. Guru menunjukkan dan memberitahu objektif pembelajaran dan kriteria kejayaan kepada semua murid di dalam kelas sebelum memulakan sessi pdp. [Guru boleh menulis dan menampal objektif dan kriteria kejayaan itu di atas papan tulis.] Murid lihat dan baca.
~ Objektif pembelajaran ditulis lebih umum .
manakala kriteria kejayaan ditulis secara khusus.
Contoh :
Objektif pembelajaran : Murid dapat menyenaraikan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia .
Kriteria kejayaan : Murid dapat menyenaraikan lima negeri -negeri di Semenanjung Malaysia.
2. Lampu isyarat( atau dipanggil traffic light) - diperbuat daripada kadbod/ manilakad atau kad berwarna dan mempunyai icon wajah yang menggambarkan faham , kurang faham dan tidak faham . Ia bagi kegunaan murid menunjukkan aras pemahaman mereka sekaligus membantu guru mengecam murid yang kurang memahami subjek yang diajar.
contoh icon traffic light : Guru boleh perbanyakkan icon ini untuk diberi kepada semua murid untuk menggambarkan kefahaman mereka kepada guru semasa sessi pembelajaran berlangsung.
.i) menggambarkan faham
icon ini murid tunjuk pada guru - menggambarkan " saya faham cikgu"
ii) menggambarkan tidak faham
icon ini murid tunjuk pada guru - menggambarkan " saya tidak faham cikgu"
iii) menggambarkan masih keliru atau kurang faham
icon ini murid tunjuk pada guru - menggambarkan " saya masih keliru cikgu"
3. Anchor activiti : aktiviti pengukuhan bagi murid yang sudah memahami pembelajaran , boleh meneruskan aktiviti pengukuhan dengan menggunakan latihan yang disediakan dalam sudut anchor aktiviti.
4. Parking Lot - untuk kegunaan murid yang malu bertanya jika tidak faham apa yang guru sampaikan boleh menulis mesej / soalan yang mahu ditanya kepada guru dan menampal kertas itu di board yang dinamakan 'parking lot'.
5. Sudut hasil kerja murid perlu diwujudkan bagi mempamerkan hasil kerja murid pada hari guru mengajar. Sudut ini boleh diadakan di sudut matapelajaran supaya semua murid dapat berkongsi hasil kerja rakan mereka.
6. Papan ganjaran - Murid yang bergerak secara berkumpulan boleh dimotivasikan dengan papan ganjaran , di mana jika kumpulan berjaya memenuhi kehendak guru atau memenuhi kriteria kejayaan dalam pdp pada hari berkenaan boleh diberi ganjaran / bintang untuk ditampal di atas papan ganjaran.
Ini menggalakkan sikap ingin berlumba sesama mereka bagi mendapatkan ganjaran /.
* Satu perkara yang perlu diambil perhatian oleh semua guru ialah, pedagogi abad ke 21 tidak semestinya menggunakan laptop serta LCD tetapi yang utama adalah pdp itu berpusatkan murid dan guru bertindak sebagai fasilitator.
Berikut adalah contoh Rancangan Pengajaran Harian (RPH) pdp abad ke 21 untuk panduan semua guru;
Subjek :
BAHASA MELAYU
|
Tarikh :…………………………….
|
||||||||
Tema : (Dari teks)
|
Masa :…………………………….
|
||||||||
Topik : Karangan Fakta (cth)
|
Bil. Murid:……………………………..
|
||||||||
Kemahiran Bahasa :
Mendengar/Bertutur/Membaca/ Menulis
|
Kelas
:……………………………..
|
||||||||
Sistem Bahasa: Tatabahasa/ kosa kata/ ejaan/sebutan
& intonasi/Peribahasa
|
Ilmu:
|
||||||||
FU:
|
Nilai:
|
||||||||
FS:
|
KBT:
|
||||||||
Objektif Pembelajaran (LO)
|
|||||||||
Pada akhir pelajaran,
murid-murid akan dapat:
|
(mesti boleh diukur)
|
||||||||
Kriteria Kejayaan (SC)
|
|||||||||
Murid akan berjaya jika mereka boleh:
|
Ikut aras pelajar – lemah,
sederhana,cemerlang
|
||||||||
Penilaian
Pembelajaran (PBS)
|
|||||||||
|
|||||||||
Konsep Penting/ Kosa
Kata/ Frasa Menarik
|
BBM/ Sumber
|
||||||||
Cth: IMBaKUP
|
|
||||||||
Rangka Perancangan
|
|||||||||
Individu
|
|
|
|||||||
Pasangan
|
|
||||||||
Kumpulan
|
|
||||||||
Keseluruhan
|
|
||||||||
Aktiviti
|
Individu
|
|
|
||||||
Pasangan
|
|
||||||||
Kumpulan
|
|
||||||||
Keseluruhan
|
|
||||||||
Plenari
(Penutupan)
|
Individu
|
|
Cth: Guru meminta murid membuat
rumusan tentang pelajaran pada hari itu.
|
||||||
Pasangan
|
|
||||||||
Kumpulan
|
|
||||||||
Keseluruhan
|
|
||||||||
Kerja Rumah
|
Cth. Menulis karangan yang lengkap
|
||||||||
Impak/ Refleksi
|
|||||||||
Pencapaian objektif Pembelajaran
|
Tindakan susulan
|
Penambahbaikan PdP
|
|||||||
23/25 orang murid mencapai
objektif
|
2 orang murid lagi akan diberi
bimbingan selanjutnya.
|
i.
BBM yang
lebih sesuai
|
|||||||
Gambar- Gambar sekitar LDP AMALAN PEDAGOGI ABAD KE 21 SMKPP:
Taklimat Pengenalan daripada Penyelaras LDP SMKPP, Pn. Suriya Ariffin
Pn. Bibi Sarah menyampaikan tujuh teras dalam pdp alaf 21
Fasilitator Pn. Bibi Sarah menerima cenderahati daripada GPK1 SMKPP, En. Abdul Wahid.
Fasilitator Pn. Maznira menerima cenderahati daripada GPK 1 SMKPP, En. Abdul Wahid.
Pernahkah cikgu dengar SUDUT OPEM? Boleh terangkan kpd saya kah?
ReplyDeleteSaya akan cuba cari ..jika dapat nanti saya akan update ..terima kasih atas respon anda.
DeleteKalau tak silap saya sudut OPEM atau sudut objektif pembelajaran perlua ada di papan putih .. sebelum mengajar guru perlu beritahu kepada murid objektrif pembelajaran dan kriteria kejayaan yang perlu dicapai pada hari berkenaan.
Deleteterima kasih atas perkongsian ini. amat bermanfaat untuk semua. semoga menjadi amal jariah kepada anda
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian ini. amat bermanfaat untuk semua. semoga menjadi amal jariah kepada anda
ReplyDeleteTerima kasih atas komen Pn. Kamariah .. Insha Allah benda yang baik elok dikongsi semoga kita dapat manfaatnya.
DeleteGood sharing! Thank you so much😊
ReplyDeleteU re most welcome cikgu...terimakasih melawat blog kami
DeleteGood sharing! Thank you so much😊
ReplyDeleteTumpanh bertanya, bilakah masa yg sesuai utk pelajar gunakan parking lot?
ReplyDeleteprking lot sepnjg pdp berlngsung ...murid boleh guna kertas pelekat dan tampal soalan yang ingin ditnyakan kepada guru.
DeleteMOHON PENCERAHAN TENTANG ANCHOR ACTIVITY
ReplyDeleteanchor activity ialah sudut utk murid yg sudah menyelesaikn tugsn boleh menjwb soalan pengukuhn yng cikgu sedikn di satu tempt yng dinamakn anchor activity.
DeletePemebelajaran Abad ke-21 memang merangsangkan kepada murid. Tetapi sejauhmanakah persediaan untuk menikmati pembelajara ini. Sehingga perubahan persekitaran tidak berlaku terutamanya dikawasan pedalaman sudah pastinya guru masih kekal sebagai pengajar. Mungkin kita boleh ditunjuk melalui melayari internet tetapi " kereta hanya boleh bergerak dengan petrol bukan dengan gambar petrol'.
ReplyDelete