Antara Program Ihya Ramadhan yang dijalankan semasa bulan Ramadhan lepas ialah memasak bubur lambuk. Bubur telah dimasak oleh guru-guru SMKPP sendiri bersama anak-anak murid berbilang bangsa secara tidak langsung telah mengukuhkan tali silaturrahim di antara guru dan murid serta murid-murid yang berbilang kaum.
Bubur lambuk di masak seawal pukul 7.20 pagi di bilik masakan dan dihantar ke kantin SMKPP untuk dikacau dan diedarkan kepada semua murid yang hadir pada pukul 2.00 petang..
Apa yang pasti masing-masing ceria dengan pengalaman baru memasak bubur lambuk untuk hidangan berbuka puasa .