Sebelum menutup tirai persekolahan 2014 , perjumpaan guru dengan ibubapa serta murid atau dipanggil perjumpaan tiga penjuru telah diadakan pada 18hb November 2014 (hari Rabu) di kelas masing-masing untuk membincangkan pencapaian akademik anak-anak didik SMKPP.
Tuesday, November 18, 2014
Monday, October 13, 2014
KEBANGGAAN SMKPP (1)
: Aktiviti 1 : Kejohanan Karate Antarabangsa anjuran Universal Shotokan Karate Union (USKU)
2014 di Convention Hall, Financial Park , Labuan Sabah.
Seorang lagi murid tingkatan empat sarjana yang mengharumkan nama sekolah dan negara amnya dalam satu kejohanan karate antarangbangsa yang dianjurkan oleh USKU tahun 2014 yang diadakan pada 17hb September hingga 22hb September lalu adalah TEE KHAI BOON.
Dalam kejohanan berkenaan Tee Khai Boon berjaya mendapat tempat kedua dalam kategori Kumite dan tempat ketiga dalam kategori Kata, Menurut Tee Khai Boon usaha beliau sejak di bangku sekolah rendah ketika berusia 9 tahun nyata berbaloi dengan kemenangannya kali ini.






Tee Khai Boon bersama ibunya yang juga salah seorang guru SMKPP , Pn. Woon Kim Chai
menunjukkan sijil dan pingat yang dimenanginya. Tahniah Tee Khai Boon




Aktiviti 2 : Kejohanan Lompat Tali Kebangsaan 2014
suasana pertandingan lompat tali fitballrobik yang diadakan pada 24 - 26 Ogos 2014 di Kompleks Sukan Balik Pulau , Pulau Pinang
Mohd Al Aqil Bin Afandi menerima hadiah daripada Timbalan Menteri Kesihatan YB Dato'Seri Dr Hilmi Bin Hj Yahaya
Tuesday, September 23, 2014
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH ...
Setelah seminggu bercuti , [ 13 sept - 21 sept 2014 ] warga SMKPP kembali semula ke sekolah dan mula bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan penting seperti PT3 dan SPM.
Apa yang penting , persediaan awal yang telah dibuat oleh calon amat penting untuk memastikan kejayaan dalam peperiksaan ini.
Semoga penggal terakhir untuk tahun 2014 menjadi penggal yang bermakna dan memberi semangat baru buat semua guru dan murid SMKPP.
Monday, September 15, 2014
SELAMAT HARI MALAYSIA YANG KE 51
Hari Malaysia adalah hari penggabungan negeri-negeri Melayu di Persekutuan Tanah Melayu (kini Semenanjung Malaysia) , Sabah , Sarawak dan Singapura pada 16hb September 1963 dan penggabungan inilah menjadikan ia sebuah negara yang dikenali sebagai Malaysia.
Hari bersejarah ini sehingga kini dikenang sebagai hari yang menyatukan semua penduduk yang berbilang kaum , adat, budaya dan agama . Sejak beberapa tahun yang lalu, tarikh 16hb September adalah cuti umum bagi Malaysia dan ia diharapkan menjadi dorongan untuk penyatuan yang lebih jitu di kalangan rakyat Malaysia sendiri.
Team Blogger SMKPP mengucapkan selamat menyambut hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia amnya, dan semua warga SMKPP khasnya....
Di sini lahirnya sebuah cinta....
Cinta yang subur dan luhur untuk pertiwi tercinta..., MALAYSIA...51 tahun.
Friday, September 12, 2014
SELAMAT BERCUTI ...
Assalammualaikum dan selamat sejahtera daripada kami 'team blogger SMKPP' ...
Minggu ini mulai 13 September 2014 hingga 21hb September 2014 merupakan waktu yang ditunggu-tunggu oleh semua murid...iaitu cuti .... ye cuti pertengahan penggal kedua selama satu minggu ini benar-benar dinanti untuk merehatkan diri daripada stress belajar dan dibelenggu peperiksaan percubaan SPM yang baru tamat khamis lalu....
Apa pun pesanan daripada kami , blogger SMKPP . jaga diri sewaktu cuti sekolah ini , kerana selepas cuti kita semua akan bersedia untuk peperiksaan PT3 dan SPM juga..
Untuk yang pulang ke kampung halaman pula hati - hati memandu ,
have a safe journey......
Selamat bercuti untuk semua warga SMKPP!!!
Minggu ini mulai 13 September 2014 hingga 21hb September 2014 merupakan waktu yang ditunggu-tunggu oleh semua murid...iaitu cuti .... ye cuti pertengahan penggal kedua selama satu minggu ini benar-benar dinanti untuk merehatkan diri daripada stress belajar dan dibelenggu peperiksaan percubaan SPM yang baru tamat khamis lalu....
Apa pun pesanan daripada kami , blogger SMKPP . jaga diri sewaktu cuti sekolah ini , kerana selepas cuti kita semua akan bersedia untuk peperiksaan PT3 dan SPM juga..
Untuk yang pulang ke kampung halaman pula hati - hati memandu ,
have a safe journey......
Selamat bercuti untuk semua warga SMKPP!!!
Thursday, September 11, 2014
JALUR GEMILANG HIASI KELAS - KELAS DAN PERSEKITARAN SMKPP ....
Sempena bulan kemerdekaan yang dilancarkan pada bulan Ogos lepas , pelbagai aktiviti disediakan untuk semua murid SMKPP.
Antara aktiviti yang berterusan sehingga bulan September ini adalah menghiasi kelas dengan jalur gemilang . Panitia Sejarah SMKPP turut mengadakan Pertandingan Keceriaan Kelas Bulan Kemerdekaan yang berlangsung sepanjang bulan kemerdekaan ini.
Berikut , dipaparkan beberapa gambar kelas yang sudah dihiasi dengan jalur gemilang....
Sementara itu , di persekitaran SMKPP turut dihiasi dengan Jalur Gemilang sepanjang bulan Ogos - September ini . Apa yang diharapkan aktiviti memasang jalur Gemilang dapat memupuk semangat cintakan negara di kalangan warga SMKPP khususnya.
Pemandangan Blok dari bahagian hadapan Blok B, di sini juga dikenali sebagai Dataran Perhimpunan , tempat berhimpun murid dan guru semasa perhimpunan rasmi.
Subscribe to:
Comments (Atom)







