WELCOME NOTE







"SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SMK PASIR PANJANG BATU 17 JALAN PANTAI 71250 PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN ..TEL :066619027 FAKS : 066610780 EMAIL : smpasirpanjangpdn9@gmail.com




Tuesday, October 20, 2015

Hari Sukan Negara Peringkat SMKPP , ceria dan berjalan lancar ...

10 /10/2015 telah diisytiharkan sebagai hari sukan negara, dan sebagai institusi pendidikan kerajaan sudah tentu SMKPP juga melahirkan komitmen yang tidak berbelah bahagi, menunjukkan sokongan dengan menjalankan aktiviti yang menyihatkan badan.

Ia bermula dengan aktiviti berjalan kaki menuju ke pekan Pasir Panjang dan masuk ke Kampung Telok dan keluar semula ke jalan besar menuju semula ke sekolah , perjalanan tersebut adalah sejauh 2 kilometer dan  memakan masa 20 minit .

Ia sangat mengujakan murid dan guru kerana dapat menikmati suasana pagi yang sihat dan menyegarkan dalam suasana kampung dan angin laut Pasir Panjang yang mendamaikan...

Selesai sessi berjalan kaki, selepas rehat selama 30 minit, semua murid dan guru menuju ke padang SMKPP bagi menjalankan aktiviti karnival sukan...

Antara sukan yang diadakan dan sangat mengujakan adalah sukan tarik tali....

berikut dipaparkan beberapa gambar aktiviti hari sukan negara peringkat SMKPP yang penuh ceria dan menyihatkan...

















































Sunday, September 13, 2015

KEM KECEMERLANGAN PT3 BERJALAN DENGAN LANCAR...

Peperiksaan PT3 yang bakal menjelang pada bulan Oktober ini maka , sebagai persiapan menghadapinya satu kem kecemerlangan bagi   semua murid tingkatan 3 telah dijalankan pada hari Sabtu , 12 September 2015 di Dewan Utama SMKPP.

Tahniah diucapkan kepada semua murid tingkatan 3  yang hadir , dan juga tahniah buat guru-guru tingkatan 3 yang telah hadir menjalankan tugas....

Semoga semua murid tingkatan 3 SMKPP beroleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PT3 nanti... 
"kecemerlangan anda , kebanggaan kami"...teruskan perjuangan anda , wahai anak-anak SMKPP...