WELCOME NOTE







"SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SMK PASIR PANJANG BATU 17 JALAN PANTAI 71250 PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN ..TEL :066619027 FAKS : 066610780 EMAIL : smpasirpanjangpdn9@gmail.com




Tuesday, September 23, 2014

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH ...


Setelah seminggu bercuti , [ 13 sept - 21 sept 2014 ] warga SMKPP kembali semula ke sekolah dan mula bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan penting seperti PT3 dan SPM.

Apa yang penting , persediaan awal yang telah dibuat oleh calon amat penting untuk memastikan kejayaan dalam peperiksaan ini.

Semoga penggal terakhir untuk tahun 2014 menjadi penggal yang bermakna dan memberi semangat baru  buat semua guru dan murid SMKPP.


Monday, September 15, 2014

SELAMAT HARI MALAYSIA YANG KE 51

Hari Malaysia adalah hari penggabungan negeri-negeri Melayu di Persekutuan Tanah Melayu (kini Semenanjung Malaysia) , Sabah , Sarawak dan Singapura pada 16hb September 1963 dan penggabungan inilah menjadikan ia sebuah negara yang dikenali sebagai Malaysia.

Hari bersejarah ini sehingga kini dikenang sebagai hari yang menyatukan semua penduduk yang berbilang kaum , adat, budaya dan agama . Sejak beberapa tahun yang lalu, tarikh 16hb September adalah cuti umum bagi Malaysia dan ia diharapkan menjadi dorongan untuk penyatuan yang lebih jitu di kalangan rakyat Malaysia sendiri.

Team Blogger SMKPP mengucapkan selamat menyambut hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia amnya, dan semua warga SMKPP khasnya....

Di sini lahirnya sebuah cinta....

Cinta yang subur dan luhur untuk  pertiwi tercinta..., MALAYSIA...51 tahun.




Friday, September 12, 2014

SELAMAT BERCUTI ...

Assalammualaikum dan selamat sejahtera daripada kami 'team blogger SMKPP' ...

Minggu ini mulai 13 September 2014 hingga 21hb September 2014 merupakan waktu yang ditunggu-tunggu oleh semua murid...iaitu cuti .... ye cuti pertengahan penggal kedua selama satu minggu ini benar-benar dinanti untuk merehatkan diri daripada stress belajar dan dibelenggu peperiksaan percubaan SPM yang baru tamat  khamis  lalu....


Apa pun pesanan daripada kami ,  blogger SMKPP . jaga diri sewaktu cuti sekolah ini , kerana selepas cuti kita semua akan bersedia untuk peperiksaan PT3 dan SPM juga..

Untuk yang pulang ke kampung halaman pula hati - hati memandu ,

have a safe journey......

Selamat bercuti untuk semua warga SMKPP!!!

Thursday, September 11, 2014

JALUR GEMILANG HIASI KELAS - KELAS DAN PERSEKITARAN SMKPP ....



Sempena bulan kemerdekaan yang dilancarkan pada bulan Ogos lepas , pelbagai aktiviti disediakan untuk semua murid SMKPP.

Antara aktiviti yang berterusan sehingga bulan September ini adalah menghiasi kelas dengan jalur gemilang . Panitia Sejarah SMKPP turut mengadakan Pertandingan Keceriaan Kelas Bulan Kemerdekaan yang berlangsung sepanjang bulan kemerdekaan ini.


Berikut , dipaparkan beberapa gambar kelas yang sudah dihiasi dengan jalur gemilang....














Sementara itu , di persekitaran SMKPP turut dihiasi dengan Jalur Gemilang sepanjang bulan Ogos - September ini . Apa yang diharapkan aktiviti memasang jalur Gemilang dapat memupuk semangat cintakan negara di kalangan warga SMKPP khususnya.








Pemandangan Blok pentadbiran dari Blok A... ~ pepohon kelihatan subur dan berwarna warni~ menghiasi persekitaran SMKPP...


   ~ Blok pentadbiran , Blok F dari Blok A...
    Pemandangan Blok dari bahagian hadapan Blok B, di sini juga dikenali sebagai Dataran Perhimpunan , tempat berhimpun murid dan guru semasa perhimpunan rasmi.

Tuesday, September 9, 2014

MUTIARA - "PERMATA" SMKPP YANG MULA MENYINAR.... CATAT KEMENANGAN BERGANDA...



Ada satu lagi berita yang membanggakan SMK Pasir Panjang awal bulan September ini ,  iaitu ; dua orang murid Pendidikan Khas (Kelas Mutiara) iaitu adik Muhammad Ridzuan Bin Md Yatim dan adik Ealisarasan A/L Rajendran masing-masing telah memenangi pertandingan dalam karnival kesenian dan kebudayaan Pendidikan Khas Daerah Port Dickson 2014 yang berlangsung pada 4hb September lalu di SK Jimah.

Muhammad Ridzuan Bin Md Yatim telah memenang Naib Johan dalam pertandingan kraftangan yang berasaskan suratkhabar dan majalah . Manakala adik Ealisarasan A/L Rajendran pula telah menjadi Johan dalam  pertandingan mewarna batik . 

Pencapaian kedua-dua orang murid Pendidikan Khas ini benar-benar membanggakan SMKPP , sementelahan menjadi naib johan dalam bicara berirama baru-baru ini. Bak kata orang kemenangan berganda buat SMKPP.

Seiring dengan mengejar pencapaian akademik yang lebih baik, SMKPP juga berbangga melahirkan murid yang berani dan kreatif pada masa akan datang.


SMKPP boleh!!!


Ealisarasan A/L Rajendran ...tekun mewarna
corak batik yang hasil tangan Ealisarasan ....


 Muhammad Ridzuan sedang tekun menganyam ...
hasil yang mula terbentuk....
hasil kraftangan Muhammad Ridzuan ...

MENERIMA HADIAH DARIPADA ENCIK HANAPIAH B MD JUDA
(PENYELIA PENDIDIKAN KHAS PPD PORT DICKSON)


Muhammad Ridzuan menerima hadiah 


Masing-masing bangga dengan pingat yang dimenangi....TAHNIAH



Ealisarasan menerima hadiah kemenangan















               




























 MENERIMA HADIAH DARIPADA ENCIK HANAPIAH B MD JUDA
(PENYELIA PENDIDIKAN KHAS PPD PORT DICKSON)




Saturday, September 6, 2014

Corat-coret cuti hujung minggu



Assalammualaikum dan selamat sejahtera , selamat berhujung minggu semua... Apabila hujung minggu menjelang pasti kita semua memikirkan ke mana hendak beristirehat setelah seminggu bekerja dan ke sekolah. Bagi yang sedang menghadapi peperiksaan percubaan SPM dan yang bakal menduduki peperiksaan percubaan PT3 tidak perlu memikirkan hendak bercuti di mana kerana mahu bersiap sedia dengan peperiksaan . 

Bagi yang berhujung minggu di Port Dickson  , apa kata berkunjung ke ekspo MAHA di Dataran Kemang sekarang ( bermula 5-7 Septermber 2014 ) kerana banyak hasil pertanian serta penternakan dipamer dan dijual pada harga yang berpatutan. 

Apa itu MAHA ye ? Saya pasti ramai yang tahu menyebutnya , tetapi tidak pasti apakah perkataan penuh bagi akronim berkenaan. 

MAHA adalah kependekan bagi perkataan Malaysia Agriculture Horticulture Agrotourism (MAHA) show atau dalam bahasa Melayu Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia  ...ia memberi fokus kepada bidang industri pertanian , penternakan (darat dan air) , teknologi dalam pertanian dan juga inovasi pembuatan yang berkaitan dengan pertanian dan perternakan.

MAHA mempromosi Malaysia sebagai pusat kecemerlangan dalam pertanian dan industri yang berasaskan tani, MAHA sebenarnya banyak membantu peniaga dan petani kecil-kecilan memperkenalkan atau mempromosikan hasil tanaman dan produk mereka.

Apa lagi yang ditunggu , jom ke Dataran Kemang untuk lihat sendiri apa yang ada dalam pameran MAHA ...

Antara gambar yang sempat dirakam sekitar MAHA 2014 di Dataran Kemang ...









Friday, September 5, 2014

TERIMA KASIH SINAR HARIAN



Akhbar Sinar Harian dalam terbitannya  bertarikh 25 hb Ogos 2014 , muka surat 20  bersamaan hari Isnin telah menyiarkan gambar jamuan Merdeka Raya yang diadakan pada 20hb Ogos yang lalu. Meski pun berita atau gambar tersebut kecil mengisi ruang "klik pilihan" ia amat besar dan bermakna bagi SMK PP kerana ia bermanfaat memberitahu kepada semua masyarakat khususnya masyarakat Pasir Panjang mengenai aktiviti sekolah . 

                                           TERIMA KASIH SINAR HARIAN ...


Gambar yang diterbitkan oleh akhbar Sinar Harian dan Gambar original (gambar bawah)





Jamuan Merdeka Raya 2014 SMKPP meriah walau sederhana


Setiap tahun bagai sudah menjadi tradisi bagi warga SMKPP untuk meraikan perayaan Aidilfitri untuk semua warga dan kali ini  membawa unsur kesepakatan yang sekata antara kaum yang amat besar maknanya kerana disambut dalam bulan kemerdekaan negara.

Jamuan ini diadakan pada waktu tengahari 20 hb Ogos 2014 yang lalu di dewan Utama SMKPP , dan katerer dari Restoran Jamsari menjadi pilihan dengan menu istimewa kari kambing yang sungguh menyelerakan.

Mensyukuri ketika menikmati makanan yang disediakan amat terasa dan diharapkan jamuan ini menjadi suntikan rasa bersyukur di kalangan kita.

Di samping menikmati makanan , warga SMKPP juga turut dihiburkan dengan persembahan lagu raya dan lagu patriotik daripada murid dan guru sendiri .

Keseluruhannya , jamuan Merdeka Raya SMKPP berjaya dengan kerjasama antara murid dan guru , dan diharapkan dapat mengikat perpaduan yang erat antara kaum walau pelbagai budaya dan agama.


                                     Murid pelbagai kaum digalakkan memakai pakaian raya pada hari jamuan

berselfie sebelum makan ...

                                 bergambar bersama Cikgu Toh dan Cikgu Yusri sebelum makan
                        tiga kaum ,.Rakesh , Amiruddin dan Tee Jing Yang segak berbaju Melayu
                                   sambil makan , kami hiburkan ...mari menyanyi..kelas Mutiara
                                 sedapnya...tak sabar nak makan..
                              guru dan staf ,,,

                                         nyanyi lagi ....
Cikgu Anuar memang berbakat....
Cikgu Zaharuddin dan En. Hanafi tunjuk bakat...