Setiap tahun bagai sudah menjadi tradisi bagi warga SMKPP untuk meraikan perayaan Aidilfitri untuk semua warga dan kali ini membawa unsur kesepakatan yang sekata antara kaum yang amat besar maknanya kerana disambut dalam bulan kemerdekaan negara.
Jamuan ini diadakan pada waktu tengahari 20 hb Ogos 2014 yang lalu di dewan Utama SMKPP , dan katerer dari Restoran Jamsari menjadi pilihan dengan menu istimewa kari kambing yang sungguh menyelerakan.
Mensyukuri ketika menikmati makanan yang disediakan amat terasa dan diharapkan jamuan ini menjadi suntikan rasa bersyukur di kalangan kita.
Di samping menikmati makanan , warga SMKPP juga turut dihiburkan dengan persembahan lagu raya dan lagu patriotik daripada murid dan guru sendiri .
Keseluruhannya , jamuan Merdeka Raya SMKPP berjaya dengan kerjasama antara murid dan guru , dan diharapkan dapat mengikat perpaduan yang erat antara kaum walau pelbagai budaya dan agama.
Murid pelbagai kaum digalakkan memakai pakaian raya pada hari jamuan
berselfie sebelum makan ...
bergambar bersama Cikgu Toh dan Cikgu Yusri sebelum makan
tiga kaum ,.Rakesh , Amiruddin dan Tee Jing Yang segak berbaju Melayu
sambil makan , kami hiburkan ...mari menyanyi..kelas Mutiara
sedapnya...tak sabar nak makan..
guru dan staf ,,,
nyanyi lagi ....
Cikgu Anuar memang berbakat....
Cikgu Zaharuddin dan En. Hanafi tunjuk bakat...
No comments:
Post a Comment