WELCOME NOTE







"SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SMK PASIR PANJANG BATU 17 JALAN PANTAI 71250 PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN ..TEL :066619027 FAKS : 066610780 EMAIL : smpasirpanjangpdn9@gmail.com




Wednesday, March 18, 2015

~Kursus Kepimpinan Pengawas 2015 _ Latih jadi pemimpin yang berani dan berkarisma


Tarikh : 16 Mac - 17 Mac 2015

Tempat : Akademi Pembangunan Belia Malaysia , Pasir Panjang ,Negeri Sembilan

Masa : 2 Hari - 1 Malam

Bermulanya cuti sekolah hujung minggu yang lalu , tidak menjadi alasan kursus kepimpinan Pengawas 2015 tidak dilaksanakan malah, murid khususnya para pengawas kelihatan teruja dan seronok menjalani aktiviti kursus. Malah, para guru yang bertugas turut memberi kerjasama yang tidak berbelah bagi menjayakan kursus tersebut.

Objektif penganjuran kursus ini adalah bagi melatih pengawas mempunyai sikap bertanggungjawab, berani dan mempunyai nilai - nilai murni kepimpinan , menyerlahkan jati diri sebagai pemimpin yang berwibawa dan berkarisma.

Meskipun tempoh kursus agak terhad , namun aktiviti yang disusun mampu memberi kesan kepada para peserta dan diharapkan ia dapat diamalkan dalam menjalani tugas harian di sekolah.

Pendaftaran bermula pada jam 9 pagi 16hb Mac dan aktiviti bermula dengan taklimat oleh pegawai APBM yang bertugas .

Aktiviti kursus pula melibatkan aktiviti dalaman ( indoor activity ) yang dikendalikan oleh kaunselor SMKPP sendiri  iaitu Pn. Effa Khairunnisak Othman dan Pn. Nor Ruqayyah Mohd Surin  manakala aktiviti luar ( outdoor activity) pula seperti abseiling, flying fox dan merempuh halangan dikendalikan oleh jurulatih berpengalaman APBM sendiri. 

Berikut dipaparkan gambar - gambar yang sempat dirakam semasa aktiviti dijalankan .

Day 1 ; 










Day 2 ; Menegakkan menara ....bersatu hati dan fokus...tiang mesti ditegakkan







Jom kita  panjat dan turun ~ abseiling ~








Jom kita terbang --- Flying Fox ~



Tersenyum puas setelah dapat 'terbang '

Mari kita rempuh halangan pula.... ayuh kawan...~ bersedia menunggu giliran




Majlis Penutup ;



No comments:

Post a Comment