Pilihanraya Umum mungkin tahun depan 2018 , tetapi Pilihanraya calon Presiden Kelab Satu Malaysia akan berlangsung pada 1 Mac ini ...
Apa yang menarik , dalam tempoh 2 minggu selepas sessi memperkenalkan calon Presiden SMKPP dihujani dengan perang poster calon-calon presiden...
Blogger SMKPP ingin berkongsi gambar dengan pengikut blog SMKPP kali ini yang berkaitan dengan pilihanraya ini .
Simulasi ini amat menarik kerana ia mendapat kerjasama daripada Pejabat Penerangan Daerah Port Dickson. dan blogger percaya rakan-rakan SMKPP pasti teruja untuk mengundi kerana semua tidak pernah mengundi selama ini maka dengan simulasi ini dapat membantu kita memahami prosedur pilihanraya dan cara untuk mengundi calon .
Jom kita lihat gambar -gambar yang sempat dirakam selama dua minggu ini....
Sessi penamaan calon ;
Puan Malini Binti Md Yunos , Pegawai Penerangan Daerah Port Dickson mengumumkan sessi penamaan calon Presiden Kelab Satu Malaysia SMKPP...
Taklimat mengenai Prosedur Pilihanraya oleh En. R. Ramasamy , Pembantu Penerangan Kanan , Pejabat Penerangan Daerah Jempol .
Tiga calon Presiden Kelab Satu Malaysia SMKPP, dari kiri, Nur Syuhada Azila Mohd Nazri , Nur Hidayah M. Arafa dan Muhamad Hazli Bin Muhamad Hairul
Perang poster bermula ....
No comments:
Post a Comment