WELCOME NOTE







"SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SMK PASIR PANJANG BATU 17 JALAN PANTAI 71250 PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN ..TEL :066619027 FAKS : 066610780 EMAIL : smpasirpanjangpdn9@gmail.com




Tuesday, November 27, 2018

JAMUAN TAHUNAN DAN PERPISAHAN TAHUN 2018

Detik demi detik berlalu tidak disedari sudah setahun sessi persekolahan tahun 2018.
sebagai penutup , jamuan akhir tahun diadakan bagi menghargai semua guru dan staf sokongan yang tidak jemu menabur bakti di SMKPP.

Jamuan akhir tahun kali ini adalah juga jamuan perpisahan bagi seorang lagi guru yang sudah tiga tahun berkhidmat di SMKPP iaitu Cikgu Sharifah Murshida binti Syed Zain.

Cikgu Sharifah adalah guru Matematik yang tegas tetapi baik hati kepada anak-anak muridnya. Terdahulu guru kelas 2 UM itu telah diraikan oleh murid-murid kelas beliau dalam suasana yang sederhana tetapi meriah dengan kehadiran ramai rakan guru bagi meraikan bersama .

Semua rakan guru serta warga SMKPP berduka dengan perpisahan ini, namun perjuangan harus diteruskan maka , di sini blogger mewakili semua barisan warga SMKPP ingin mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Sharifah yang sudi menabur bakti di sini dan mencatat kenangan tersendiri ketika selama berkhidmat di SMKPP..

TERIMA KASIH CIKGU....











terdahulu pada pagi Jumaat terakhir sessi persekolahan , rakan guru dan barisan Pentadbir turut meraikan Cikgu Sharifah dengan juadah "Potluck" dengan membawa sedikit makanan dari rumah .

bergambar kenangan bersama Cikgu Sharifah yang diraikan ...



Wednesday, November 14, 2018

Sayangnya Mr Toh pada anak muridnya ...formula matematik di mana-mana sahaja...

Bagi membantu anak murid mengingati dengan mudah , Sir Toh atau En. Toh merangkap sebagai guru matematik tingkatan 5 sanggup menampal formula bagi anak muridnya kelas 5 UiTM.

Ia ditampal di kantin bagi membolehkan anak muridnya yang bersedia di kantin sejak awal pagi dapat menghafal formula sebelum masuk ke dewan peperiksaan.

Inisiatif Sir Toh amat dihargai dan dikagumi ramai guru kerana tidak pernah erti putus asa untuk memastikan anak muridnya lulus dalam subjek Matematik.




KERJASAMA GURU SEDIAKAN SARAPAN PAGI UNTUK CALON SPM 2018

Calon SPM 2018 berasa sangat beruntung kerana guru-guru mengambil berat pemakanan mereka di sekolah sebelum mereka melangkah masuk ke dewan peperiksaan  . Setiap pagi pasti ada air kopi dan roti untuk mereka semua sebagai pengalas perut sementara menanti waktu makan tengahari .

Hari ini,Cikgu Julia, Cikgu Che , Cikgu Jaja, Cikgu Zalina , Cikgu Bibi Sarah serta ketua Bidang Sains Matematik , En. Toh Hong Meo bekerjasama menyediakan sarapan untuk calon SPM ini.

Semua guru SMKPP sedia berkorban masa dan tenaga demi anak didik yang disayangi . Semoga mereka dapat membalasnya dengan memberikan keputusan yang cemerlang dan baik.



Tuesday, November 13, 2018

AKTIVITI 'HIKING' KE PULAU BATU PUTIH CATAT PENGALAMAN BERHARGA

Pengalaman mendaki atau 'hiking' ke Pulau Batu Putih yang terletak di Blue Lagoon , Port Dickson mencatat kenangan berharga buat semua warga SMKPP yang menyertainya. Program ini adalah untuk murid tingkatan tiga yang masing-masing sedang menunggu keputusan PT3.

Pengalaman tersebut dikongsi melalui rakaman lensa kamera guru kaunselor , En. Khairul Anam dan Pn. Fairuzliza Idris ., turut menyertai Cikgu Zaharuddin Abu Bakar dan Cikgu Nabila.












Monday, November 12, 2018

CALON-CALON SPM 2018 BERSEMANGAT HARI PERTAMA PEPERIKSAAN

Seramai 88 orang calon SPM 2018 SMKPP bersemangat pagi ini menuju ke dewan peperiksaan dengan guru kelas memberi kata semangat dan perangsang  sebelum masing-masing berjuang menjawab soalan .