Calon SPM 2018 berasa sangat beruntung kerana guru-guru mengambil berat pemakanan mereka di sekolah sebelum mereka melangkah masuk ke dewan peperiksaan . Setiap pagi pasti ada air kopi dan roti untuk mereka semua sebagai pengalas perut sementara menanti waktu makan tengahari .
Hari ini,Cikgu Julia, Cikgu Che , Cikgu Jaja, Cikgu Zalina , Cikgu Bibi Sarah serta ketua Bidang Sains Matematik , En. Toh Hong Meo bekerjasama menyediakan sarapan untuk calon SPM ini.
Semua guru SMKPP sedia berkorban masa dan tenaga demi anak didik yang disayangi . Semoga mereka dapat membalasnya dengan memberikan keputusan yang cemerlang dan baik.
No comments:
Post a Comment