WELCOME NOTE







"SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SMK PASIR PANJANG BATU 17 JALAN PANTAI 71250 PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN ..TEL :066619027 FAKS : 066610780 EMAIL : smpasirpanjangpdn9@gmail.com




Wednesday, January 7, 2015

Suasana Pendaftaran Tingkatan Satu dan Pengambilan Buku Teks



Sebelum memulakan langkah sessi persekolahan baru tahun 2015 , murid tingkatan satu mula mendaftar pengesahan di Dewan Utama SMKPP pada 31hb Disember 2014 lalu.

Enrolmen yang didaftarkan pada tahun ini adalah seramai 83 orang dan ditempatkan dalam empat buah kelas iaitu 1 Arif , 1 Bestari , 1 Dinamik dan 1 Karisma .

Sepanjang pendaftaran murid tingkatan satu ditemani ibu dan bapa dan sebelum itu , sessi taklimat daripada Pengetua SMKPP, En. Roslan Bin Mohd Zainal dan daripada Naib YDP PIBG SMKPP , En. Roslan bin Mad Jidin telah diadakan di dalam Dewan Utama berkenaan.

Selepas sessi pendaftaran , murid telah dibekalkan dengan buku teks sebagai persediaan sessi baru yang bakal bermula 12hb Januari ini.

Terima kasih kepada semua guru kelas, guru SPBT dan AJK Bilik BOSS yang bertugas sepanjang hari pendaftaran.

Berikut gambar-gambar suasana pendaftaran dan pengambilan buku teks murid tingkatan satu ;

a) Guru - guru yang bertugas semasa hari pendaftaran ,

     Pn. Yap Lee Mei - Kelas Pendidikan Khas

Pn. Norhayati dan Pn. Amalina kelas Elit (Peralihan)

Pn Bibi Sarah dan Pn. Che Normahasani - Guru tingkatan 1 Arif
Pn. Emy Ashikin dan Pn. Chan Yoke Kueng - Guru tingkatan 1 Bestari 


Pn. Siti Hajar dan En. Kanna - Guru tingkatan 1 Dinamik

Pn. Khatijah dan Pn. Nurul Ain - Guru tingkatan 1 Karisma

Taklimat kepada ibu bapa yang hadir , oleh Pengetua, En Roslan Bin Mohd Zainal

Taklimat daripada Naib YDP PIBG , En . Roslan Bin Mad Jidin

B) Suasana Pendaftaran 









C) Pengambilan Buku Teks 




D) Ibu bapa membantu anak-anak mereka mengisi borang akujanji menjaga buku teks 




Friday, January 2, 2015

AKTIVITI SEKOLAH UNTUK SESSI 2015 ( *aktiviti dikemaskini setiap minggu dan bukan takwim aktiviti sekolah ) harap maklum.


DISEMBER 2014 

29 /12/2014 -  MESYUARAT GURU DI BALAI MUAFAKAT

30/12/2014 -  LDP AMALAN PEDAGOGI ABAD KE 21

                    FASILITATOR : PN. BIBI SARAH BINTI HASRAP
                                              PN. MAZNIRA BINTI MOHD KUZIN

30/12/2014  - MESYUARAT PANITIA MATA PELAJARAN

31/12/2014 - PENDAFTARAN MASUK TINGKATAN SATU DAN PERALIHAN

                   PENGAMBILAN BUKU TEKS TINGKATAN SATU DAN PERALIHAN .

JANUARI

02/01/2015 - LDP FROG VLE PANITIA BM

07/01/2015 - MESYUARAT MERENTAS DESA DAERAH 2015

12/01/2015 - MINGGU ORIENTASI MURID TING. SATU DAN PERALIHAN
                   TAKLIMAT PENYERAHAN WANG BANTUAN PERSEKOLAHAN

13/01/2015- PENYERAHAN  BANTUAN KHAS PERSEKOLAHAN
                   2:30 PETANG - DEWAN UTAMA

15/01/2015- MESYUARAT PENGELOLAAN MERENTAS DESA PERINGKAT DAERAH
                   2.00 PETANG - BALAI MUAFAKAT

16/01/2015-  MAJLIS PENUTUPAN PERASMIAN MINGGU ORIENTASI TING. SATU
                    DAN PERALIHAN
                   - DEWAN UTAMA

19/01/2015 - PERHIMPUNAN PAGI ISNIN
                 - SLOT KAUNSELOR - PN. EFFA KHAIRUNNISAK
                  - MAJLIS PENYERAHAN SURAT TUGAS KEPADA GURU DISIPLIN SEKOLAH
                 
                  - MESYUARAT PANITIA SAINS BERSAMA PEMBANTU MAKMAL KALI 1/15
                    (MAKMAL 2) - 3 petang
                  - MESYUARAT BIDANG KEMANUSIAAN
                    ( DEWAN ILMIAH )- 3 petang

21/01/2015 - MENGELOLA MERENTAS DESA DAERAH 2015

                 - KOKU -MESYUARAT RUMAH SUKAN

26/01/2015 - TAKLIMAT DATA KEPADA SEMUA GURU TING
                 - MESYUARAT DISIPLIN
                 - TAKLIMAT MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH
                   3.00 PETANG - BALAI MUAFAKAT
               
28/01/2015 - KEJOHANAN MERENTAS DESA SMKPP
                 - 7:30 PAGI

FEBRUARI

4/2/2015 -  Koku - Mesyuarat Agung Persatuan /Kelab sesi 2015
                 = 7.40 am

6/2/2015  - Aktiviti kerohanian 7.30 am - 9.20am
                = Surau( ceramah Maulidur Rasul )
                = kantin dan tapak perhimpunan (aktiviti Ponggal)
                = makmal komputer (ceramah mengenai batu karang - coral)

10/2/2015 - Koku - Mesyuarat Agong 1 M 1 S 2015

11/2/2015 - Aktiviti Kokurikulum - Unit Uniform


16/2/2015 - Pelantikan dan Penerimaan Watikah Pelantikan Pengawas Sessi 2015

               - Mesyuarat PSS 1/2014

24/2/2015 - Aktiviti 1M 1S
                 
25/2/2015 - Aktiviti Kokurikulum - Unit Beruniform

                  

Thursday, January 1, 2015

Terima Kasih Guru-Guruku...Jangan Lupakan kami , warga SMKPP....



Selain perpindahan Pengetua Cemerlang , En Ab. Wahab Bin Maadah , blogger SMKPP ingin turut berkongsi kehilangan beberapa orang guru 'lama' atau guru 'otai' yang sudah berbelas tahun berkhidmat di SMKPP kerana berpindah ke sekolah lain.

Guru-guru  yang dimaksudkan tersebut ialah:

1 ) Cikgu Rokiah Binti Wahab  , beliau sudah berkhidmat di SMKPP selama 19 tahun ,iaitu sejak tahun 1995 dan mengajar subjek KH -ERT  ,  kini bertukar ke sekolah SMK Intan Perdana , Port Dickson. Selamat bertugas di tempat baru cikgu Rokiah.

2) Cikgu Selvi A/P Subramoniam , beliau memulakan perkhidmatan pertama sebagai guru subjek Sains di SMKPP sejak tahun 2002. Selepas 12 tahun akhirnya cikgu Selvi memulakan khidmat beliau pada tahun baru 2015 ini di SMK Yamtuan Radin , Port Dickson. Selamat bertugas di tempat baru cikgu Selvi.


3) Cikgu Nalini A/P Achutan Nambiar , beliau memulakan perkhidmatan sebagai guru Matematik di SMKPP sejak tahun 2006. Selepas 8 tahun berkhidmat, beliau kini bertukar ke SMK Tinggi Port Dickson . Selamat bertugas di tempat baru cikgu Nalini.


4) Cikgu Maznira Binti Mohd Kuzin, beliau memulakan perkhidmatan sebagai guru Matematik di SMKPP sejak tahun 2008 , selepas hampir 7 tahun berkhidmat ,beliau kini ditempatkan ke SMK Intan Perdana Port Dickson . Selamat bertugas di tempat baru cikgu Maznira.


5) Cikgu Wan Norasima Binti Abd Hamid antara yang bertukar untuk sesi baru 2015 ini.Beliau memulakan perkhidmatan di SMKPP sebagai guru Sains dan Bahasa Inggeris sejak tahun 2010. Kalau guru-guru lain bertukar ke sekolah dalam daerah yang sama , cikgu Wan Norasima pula bertugas ke negeri baru iaitu negeri Melaka. Beliau kini ditempatkan di SMK Malim, Melaka dan berdekatan dengan tempat tinggal beliau sendiri . Selamat bertugas di tempat baru cikgu Wan Norasima.

SMKPP memang benar-benar merasai kehilangan guru-guru tersebut di atas ..Blogger SMKPP mendoakan agar guru - guru yang berpindah tidak melupakan kenangan bersama di     SMKPP dan berharap bertemu lagi pada masa akan datang.

Terima kasih cikgu!!!


Corat Coret SMKPP ~ SELAMAT TAHUN BARU 2015



Hari ini merupakan hari pertama dalam tahun baru 2015. Kebiasaannya setiap rakyat Malaysia sudah pasti menanam azam baru bagi memenuhi impian yang belum terlaksana tahun sebelumnya .

Apabila sudah mempunyai azam , sudah tentu kita akan berusaha untuk memastikannya tercapai. Apa yang penting azam itu sudah semestinya menuju ke arah perkembangan diri yang positif. Tiada sesiapa pun yang mahu azam yang disemai terhalang di pertengahan jalan dan gagal tercapai sebaik tahun melabuhkan tirai. Bagi warga SMKPP yang bergelar pelajar, sudah tentu berazam mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang,maka dengan itu, berusahalah dari sekarang agar azam yang diingini itu tercapai dengan kepuasan diri yang maksimum.

Tahun 2014 yang baru melabuhkan tirai semalam sudah mencatat pelbagai kenangan yang sudah menjadi sejarah bagi kita . Bulan Disember yang lalu kita telah dikejutkan dengan musibah banjir yang luar biasa di tiga buah negeri iaitu Kelantan , Terengganu , Pahang dan Perak . Negeri Kelantan adalah negeri yang teruk terjejas di mana mangsa banjir yang dipindahkan mencapai ratusan ribu orang . Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Tun Razak yang turun sendiri bertemu dengan mangsa banjir di negeri Kelantan telah menyifatkan fenomena banjir itu sebagai suatu malapetaka yang dahsyat (Utusan Malaysia Rabu 31/12/2014 m.s 1). Apa yang pasti , musibah banjir ini telah menyedarkan kita betapa pentingnya memelihara dan memulihara alam sekitar agar fenomena sebegini tidak lagi terjadi di masa akan datang. Ini juga sepatutnya adalah azam setiap diri rakyat Malaysia untuk berikrar menjadi warganegara yang lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

Wednesday, December 31, 2014

Selamat Datang Cikgu Roslan



Patah tumbuh hilang berganti , begitulah adat hidup di dunia ini, yang datang dan  yang pergi pasti akan ada pengganti.

Perubahan struktur organisasi SMKPP untuk tahun baru 2015 ini menyaksikan  pertukaran Pengetua Cemerlang En. Ab. Wahab Bin Maadah pada bulan Disember lepas ke SMK Intan Perdana dan diganti dengan En. Roslan Bin Mohd Zainal sebagai Pengetua sekaligus memimpin SMKPP untuk sessi baru tahun 2015.

Kami warga SMKPP mengucapkan selamat datang kepada En. Roslan Bin Mohd Zainal dan berdoa semoga kehadiran tuan dapat memimpin SMKPP ke arah kecemerlangan daripada pelbagai aspek , akademik , kokurikulum dan kemenjadian murid.

En. Roslan Bin Mohd Zainal berasal dari negeri Johor dan sudah menetap di Negeri Sembilan. Beliau berpengalaman sebagai guru selama 21 tahun dan sudah berkhidmat di tiga buah sekolah sebelum ini , iaitu SM Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan,  SM Agama Pedas , dan  SMK Desa Cempaka Nilai , Negeri Sembilan.

En. Roslan Bin Mohd Zainal 
Pengetua SMKPP 

TERIMA KASIH CIKGU WAHAB ...



Pada bulan Disember lepas, Pengetua Cemerlang SMKPP , En. Ab.Wahab Bin Maadah disahkan bertukar ke SMK Intan Perdana , Port Dickson sebagai Pengetua Cemerlang pertama di sekolah baru berkenaan.

SMK Intan Perdana adalah sebuah sekolah baru yang terletak hanya 1 kilometer dari Politeknik Port Dickson.

Warga SMKPP ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas pimpinan Cikgu Wahab selama setahun 2 bulan di SMKPP ... jasa mu tuan tetap dikenang dan jemput datang lagi menjengah kami di sini.

Terima kasih tuan , budimu tetap kami kenang sehingga badan dikandung tanah.


En. Ab Wahab Bin Maadah 

Tuesday, November 18, 2014

Tiga Penjuru SMK Pasir Panjang sebelum cuti meriah dengan kehadiran ibubapa

Sebelum menutup tirai persekolahan 2014 , perjumpaan guru dengan ibubapa serta murid atau dipanggil perjumpaan tiga penjuru telah diadakan pada 18hb November 2014 (hari Rabu) di kelas masing-masing untuk membincangkan pencapaian akademik anak-anak didik SMKPP.