Hari ini merupakan hari pertama dalam tahun baru 2015. Kebiasaannya setiap rakyat Malaysia sudah pasti menanam azam baru bagi memenuhi impian yang belum terlaksana tahun sebelumnya .
Apabila sudah mempunyai azam , sudah tentu kita akan berusaha untuk memastikannya tercapai. Apa yang penting azam itu sudah semestinya menuju ke arah perkembangan diri yang positif. Tiada sesiapa pun yang mahu azam yang disemai terhalang di pertengahan jalan dan gagal tercapai sebaik tahun melabuhkan tirai. Bagi warga SMKPP yang bergelar pelajar, sudah tentu berazam mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang,maka dengan itu, berusahalah dari sekarang agar azam yang diingini itu tercapai dengan kepuasan diri yang maksimum.
Tahun 2014 yang baru melabuhkan tirai semalam sudah mencatat pelbagai kenangan yang sudah menjadi sejarah bagi kita . Bulan Disember yang lalu kita telah dikejutkan dengan musibah banjir yang luar biasa di tiga buah negeri iaitu Kelantan , Terengganu , Pahang dan Perak . Negeri Kelantan adalah negeri yang teruk terjejas di mana mangsa banjir yang dipindahkan mencapai ratusan ribu orang . Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Tun Razak yang turun sendiri bertemu dengan mangsa banjir di negeri Kelantan telah menyifatkan fenomena banjir itu sebagai suatu malapetaka yang dahsyat (Utusan Malaysia Rabu 31/12/2014 m.s 1). Apa yang pasti , musibah banjir ini telah menyedarkan kita betapa pentingnya memelihara dan memulihara alam sekitar agar fenomena sebegini tidak lagi terjadi di masa akan datang. Ini juga sepatutnya adalah azam setiap diri rakyat Malaysia untuk berikrar menjadi warganegara yang lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar.
No comments:
Post a Comment