WELCOME NOTE







"SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SMK PASIR PANJANG BATU 17 JALAN PANTAI 71250 PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN ..TEL :066619027 FAKS : 066610780 EMAIL : smpasirpanjangpdn9@gmail.com




Monday, April 27, 2015

PELANCARAN MINGGU PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH PERINGKAT SMKPP 2015


Hari :      Isnin

Tarikh :  27 April 2015

Tempat : Dewan Utama , SMKPP

Aktiviti : Majlis Pelancaran Program Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

Tema   :  1 Malaysia , Benci Dadah



Barisan guru dan murid bersedia dengan majlis pelancaran ...



Pn. Effa Khairunnisak Othman menerangkan serba sedikit mengenai minggu PPDa

Pn. Yeow Bee Lin, GPK Hem membaca perutusan Perdana Menteri

En. Roslan Bin Zainal , Pengetua SMKPP merasmikan majlis pelancaran minggu PPDa


Lakonan menarik mengenai dadah oleh murid-murid kelab kaunseling dan kerjaya


Bacaan sajak mengenai bahaya dadah ....


Persembahan dikir barat daripada murid -murid kelab kaunseling dan kerjaya...





Selepas dikir barat , persembahan koir pula ...



Pelancaran oleh Pengetua ,En. Roslan Mohd Zainal  sedang menarik bunting pelancaran sambil diperhatikan oleh En. Abdul Wahid dan Pn. Yeow Bee Lin...





 Simbolik , memijak rokok  , membuktikan katakan 'tak nak' pada rokok dan dadah...




Bacaan ikrar 'Kami benci dadah"




Tandatangan perasmian oleh Pengetua ...

Sunday, April 26, 2015

TEKNIK MENJAWAB SOALAN KBAT OLEH PANITIA SEJARAH

Pada 24 hb April yang lalu , semua murid tingkatan 5 SMKPP telah mengikuti satu bengkel teknik menjawab yang dikelolakan oleh Panitia Sejarah SMKPP .

Bengkel yang bermula jam 7.40 pagi hingga 9.20 pagi itu bertempat di Dewan Utama  adalah untuk mendedahkan kepada semua murid mengenai teknik menjawab soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan dibimbing oleh semua guru sejarah SMKPP .

Tahniah diucapkan kepada semua guru dalam Panitia Sejarah yang telah berusaha memupuk minat murid menjawab soalan serta memberi pendedahan dan bimbingan kepada semua murid menjawab soalan beraras tinggi . Ini penting kerana , sebagaimana yang diketahui , subjek Sejarah adalah subjek teras wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) maka diharapkan ia dapat membantu calon mendapat keputusan yang lebih baik pada tahun ini.

Antara gambar yang sempat dirakam ;











Tuesday, April 21, 2015

Kem Membaca 30 minit SMKPP berjalan lancar....

Hari ini 21 April , 2015 SMKPP telah mengadakan kem membaca satu Malaysia selama 30 minit yang diadakan serentak di semua sekolah pada hari ini .

Sebagaimana diketahui sebelum ini , 23hb April setiap tahun adalah hari buku sedunia, maka aktiviti sebegini sememangnya amat digalakkan khususnya boleh menambahkan bacaan Nilam semua murid SMKPP.

Aktiviti telah diadakan di Dewan Utama, setelah tamat aktiviti 1 M 1S. Aktiviti dikendalikan oleh Pusat Sumber Sekolah (PSS) bersama dengan Panitia Bahasa .

Seawal jam 9.00 pagi setelah semua murid berkumpul di dewan, aktiviti membaca diadakan .

Sementara itu , di makmal ICT pula diadakan aktiviti membaca sajak "AKU MEMBACA LAGI"
oleh wakil semua persatuan kokurikulum. 

Turut diadakan ialah aktiviti teka silangkata (Bahasa Melayu ) dan Word Puzzle (Bahasa Inggeris ) di Blok D. 


Semoga aktiviti ini dapat diteruskan dan dapat membantu meningkatkan bacaan Nilam di kalangan murid disamping meningkatkan minat terhadap hobi membaca.. bak kata pepatah , membaca  itu jambatan ilmu,. maka jadikan membaca budaya kita.

Antara gambar - gambar yang sempat dirakam semasa berlangsungnya kem membaca ;

A) PN. SURIYA SEDANG MENERANGKAN AKTIVITI YANG BERLANGSUNG....

B) SEMUA MURID SEDANG TEKUN MENDENGAR PENERANGAN ...


C) SEMUA MURID BERSEDIA DENGAN BUKU NILAM


D) AKTIVITI MEMBACA 30 MINIT SEDANG BERLANGSUNG ~ MURID DAN GURU MEMBACA BERSAMA ....










MURID-MURID MUTIARA(PENDIDIKAN KHAS) TIDAK KETINGGALAN MENYERTAI SESSI MEMBACA 30 MINIT...

A) TOH YOU ZHI DIBIMBING OLEH GURU PENDIDIKAN KHAS , PN. YAP LEE MEI KETIKA SESSI DI DEWAN UTAMA...


B) KHIM ...MEMBACA DI BENGKEL LANDSKAP NURSERI ....


SEMENTARA ITU, DI MAKMAL ICT BERLANGSUNGNYA PERTANDINGAN MEMBACA SAJAK ~ " AKU MEMBACA LAGI "

A) PN. SALAWATI DAN PN. SAZILA ~ HAKIM PERTANDINGAN ...


B) ANTARA PESERTA YANG MEWAKILI PERSATUAN MASING-MASING...





C) PERTANDINGAN WORD PUZZLE DAN TEKA SILANG KATA






Diharapkan aktiviti ini dapat diteruskan lagi bagi membimbing murid SMKPP mencintai buku. Kerana melalui buku ilmu diperolehi dan dapat membantu membina generasi cemerlang dengan ilmu pengetahuan yang sentiasa berkembang....

SMKPP BOLEH !!!!