Pada 24 hb April yang lalu , semua murid tingkatan 5 SMKPP telah mengikuti satu bengkel teknik menjawab yang dikelolakan oleh Panitia Sejarah SMKPP .
Bengkel yang bermula jam 7.40 pagi hingga 9.20 pagi itu bertempat di Dewan Utama adalah untuk mendedahkan kepada semua murid mengenai teknik menjawab soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan dibimbing oleh semua guru sejarah SMKPP .
Tahniah diucapkan kepada semua guru dalam Panitia Sejarah yang telah berusaha memupuk minat murid menjawab soalan serta memberi pendedahan dan bimbingan kepada semua murid menjawab soalan beraras tinggi . Ini penting kerana , sebagaimana yang diketahui , subjek Sejarah adalah subjek teras wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) maka diharapkan ia dapat membantu calon mendapat keputusan yang lebih baik pada tahun ini.
Antara gambar yang sempat dirakam ;
No comments:
Post a Comment