WELCOME NOTE







"SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SMK PASIR PANJANG BATU 17 JALAN PANTAI 71250 PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN ..TEL :066619027 FAKS : 066610780 EMAIL : smpasirpanjangpdn9@gmail.com




Tuesday, April 21, 2015

Kem Membaca 30 minit SMKPP berjalan lancar....

Hari ini 21 April , 2015 SMKPP telah mengadakan kem membaca satu Malaysia selama 30 minit yang diadakan serentak di semua sekolah pada hari ini .

Sebagaimana diketahui sebelum ini , 23hb April setiap tahun adalah hari buku sedunia, maka aktiviti sebegini sememangnya amat digalakkan khususnya boleh menambahkan bacaan Nilam semua murid SMKPP.

Aktiviti telah diadakan di Dewan Utama, setelah tamat aktiviti 1 M 1S. Aktiviti dikendalikan oleh Pusat Sumber Sekolah (PSS) bersama dengan Panitia Bahasa .

Seawal jam 9.00 pagi setelah semua murid berkumpul di dewan, aktiviti membaca diadakan .

Sementara itu , di makmal ICT pula diadakan aktiviti membaca sajak "AKU MEMBACA LAGI"
oleh wakil semua persatuan kokurikulum. 

Turut diadakan ialah aktiviti teka silangkata (Bahasa Melayu ) dan Word Puzzle (Bahasa Inggeris ) di Blok D. 


Semoga aktiviti ini dapat diteruskan dan dapat membantu meningkatkan bacaan Nilam di kalangan murid disamping meningkatkan minat terhadap hobi membaca.. bak kata pepatah , membaca  itu jambatan ilmu,. maka jadikan membaca budaya kita.

Antara gambar - gambar yang sempat dirakam semasa berlangsungnya kem membaca ;

A) PN. SURIYA SEDANG MENERANGKAN AKTIVITI YANG BERLANGSUNG....

B) SEMUA MURID SEDANG TEKUN MENDENGAR PENERANGAN ...


C) SEMUA MURID BERSEDIA DENGAN BUKU NILAM


D) AKTIVITI MEMBACA 30 MINIT SEDANG BERLANGSUNG ~ MURID DAN GURU MEMBACA BERSAMA ....










MURID-MURID MUTIARA(PENDIDIKAN KHAS) TIDAK KETINGGALAN MENYERTAI SESSI MEMBACA 30 MINIT...

A) TOH YOU ZHI DIBIMBING OLEH GURU PENDIDIKAN KHAS , PN. YAP LEE MEI KETIKA SESSI DI DEWAN UTAMA...


B) KHIM ...MEMBACA DI BENGKEL LANDSKAP NURSERI ....


SEMENTARA ITU, DI MAKMAL ICT BERLANGSUNGNYA PERTANDINGAN MEMBACA SAJAK ~ " AKU MEMBACA LAGI "

A) PN. SALAWATI DAN PN. SAZILA ~ HAKIM PERTANDINGAN ...


B) ANTARA PESERTA YANG MEWAKILI PERSATUAN MASING-MASING...





C) PERTANDINGAN WORD PUZZLE DAN TEKA SILANG KATA






Diharapkan aktiviti ini dapat diteruskan lagi bagi membimbing murid SMKPP mencintai buku. Kerana melalui buku ilmu diperolehi dan dapat membantu membina generasi cemerlang dengan ilmu pengetahuan yang sentiasa berkembang....

SMKPP BOLEH !!!!

No comments:

Post a Comment