Monday, January 26, 2015
Corat Coret SMKPP ~ Ke arah Guru Penyayang ~
"Selamat pagi " , "Selamat datang ke sekolah , terima kasih kerana anda hadir " itu lah ungkapan daripada cikgu Abdul Wahid Abdul Ghani yang menyapa setiap murid yang memasuki pintu pagar sekolah pada hari ini.
Ungkapan mesra itu bertujuan memberi semangat kepada murid supaya suka hadir ke sekolah , dan mewujudkan konsep "Guru Penyayang" yang menunjukkan sifat mengambil berat kehadiran murid ke sekolah.
Sememangnya guru menyayangi muridnya ....dan murid pula perlu menghargainya dengan mendengar kata guru kerana pepatah ada mengatakan " Murid yang baik adalah murid yang mendengar kata"....
dan "Guru yang baik adalah guru yang menyayangi anak muridnya"...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment