WELCOME NOTE







"SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SMK PASIR PANJANG BATU 17 JALAN PANTAI 71250 PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN ..TEL :066619027 FAKS : 066610780 EMAIL : smpasirpanjangpdn9@gmail.com




Friday, January 16, 2015

Program Orientasi Tingkatan Satu dan Peralihan Sessi 2015 Tamat dengan Jayanya...



Program orientasi tingkatan satu dan peralihan sessi 2015 yang bermula sejak hari pertama persekolahan tamat pada pukul 11 pagi tadi ( 16 hb Januari 2015) .

Menurut kaunselor sekolah , Pn Effa Khairunnisak , Orientasi adalah satu program yang membimbing , melatih dan menyediakan murid melalui transformasi yang berlaku secara total. Program ini berteraskan elemen Jasmani, Emosi , Rohani dan Intelektual dan Spritual selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara.

Antara objektif pelaksanaan program ini adalah untuk memupuk sahsiah dan disiplin diri dengan budaya sekolah serta mengenali dan menyesuaikan diri di sekolah baru serta persekitaran yang berlainan daripada sekolah rendah.

Program selama empat hari ini dibimbing dan dilaksana oleh dua orang kaunselor sekolah iaitu Pn. Effa Khairunnisak Binti Othman dan Pn. Nur Ruqayyah Binti Mohd Surin . 

Antara tentatif program yang telah dijalankan adalah seperti berikut ;

A) TAKLIMAT HEM - SISTEM DISIPLIN SEKOLAH

B) TAKLIMAT UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

C) TAKLIMAT KOKURIKULUM

D) TAKLIMAT PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN NILAM

E) TAKLIMAT SSM

F) TAKLIMAT KOPERASI / BIASISWA /SPBT

G) TAKLIMAT PBS

H) LDK POTENSI DIRI

I)  LDK PENTAFSIRAN INVENTORI PERSONALITI PSIKOMETRIK (KERJAYA DAN PERSONALITI)


Harapan sekolah , selepas pendedahan ini murid tingkatan satu dan peralihan lebih bersemangat dan bersedia menghadapi cabaran yang pelbagai apabila memasuki era baru , ~ menjadi remaja yang berdisiplin dan bercita-cita memajukan diri.

Antara aktiviti  - aktiviti yang telah dijalankan semasa program orientasi tingkatan satu / peralihan sessi baru 2015






No comments:

Post a Comment