WELCOME NOTE







"SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SMK PASIR PANJANG BATU 17 JALAN PANTAI 71250 PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN ..TEL :066619027 FAKS : 066610780 EMAIL : smpasirpanjangpdn9@gmail.com




Wednesday, December 31, 2014

Selamat Datang Cikgu Roslan



Patah tumbuh hilang berganti , begitulah adat hidup di dunia ini, yang datang dan  yang pergi pasti akan ada pengganti.

Perubahan struktur organisasi SMKPP untuk tahun baru 2015 ini menyaksikan  pertukaran Pengetua Cemerlang En. Ab. Wahab Bin Maadah pada bulan Disember lepas ke SMK Intan Perdana dan diganti dengan En. Roslan Bin Mohd Zainal sebagai Pengetua sekaligus memimpin SMKPP untuk sessi baru tahun 2015.

Kami warga SMKPP mengucapkan selamat datang kepada En. Roslan Bin Mohd Zainal dan berdoa semoga kehadiran tuan dapat memimpin SMKPP ke arah kecemerlangan daripada pelbagai aspek , akademik , kokurikulum dan kemenjadian murid.

En. Roslan Bin Mohd Zainal berasal dari negeri Johor dan sudah menetap di Negeri Sembilan. Beliau berpengalaman sebagai guru selama 21 tahun dan sudah berkhidmat di tiga buah sekolah sebelum ini , iaitu SM Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan,  SM Agama Pedas , dan  SMK Desa Cempaka Nilai , Negeri Sembilan.

En. Roslan Bin Mohd Zainal 
Pengetua SMKPP 

TERIMA KASIH CIKGU WAHAB ...



Pada bulan Disember lepas, Pengetua Cemerlang SMKPP , En. Ab.Wahab Bin Maadah disahkan bertukar ke SMK Intan Perdana , Port Dickson sebagai Pengetua Cemerlang pertama di sekolah baru berkenaan.

SMK Intan Perdana adalah sebuah sekolah baru yang terletak hanya 1 kilometer dari Politeknik Port Dickson.

Warga SMKPP ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas pimpinan Cikgu Wahab selama setahun 2 bulan di SMKPP ... jasa mu tuan tetap dikenang dan jemput datang lagi menjengah kami di sini.

Terima kasih tuan , budimu tetap kami kenang sehingga badan dikandung tanah.


En. Ab Wahab Bin Maadah