WELCOME NOTE







"SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SMK PASIR PANJANG BATU 17 JALAN PANTAI 71250 PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN ..TEL :066619027 FAKS : 066610780 EMAIL : smpasirpanjangpdn9@gmail.com




Tuesday, June 30, 2015

Tiga Penjuru ; Perbincangan Guru , Ibubapa dan Murid capai matlamat

Program tiga penjuru yang diadakan bagi membincangkan prestasi murid dalam peperiksaan pertengahan tahun 2015 , bersama ibubapa telah diadakan baru-baru ini iaitu pada 26 hb Jun lepas, 

Perjumpaan yang diadakan pada pukul 10.20 pagi itu mendapat sambutan yang baik daripada ibubapa dan diharapkan perjumpaan itu bakal merubah keputusan peperiksaan selanjutnya, terutama dalam PT3 dan SPM 2015.

















Monday, June 29, 2015

PASUKAN BICARA BERIRAMA TERIMA PINGAT KEMENANGAN ---Berjaya Meraih Naib Johan Daerah Port Dickson

Tahniah kepada pasukan bicara berirama SMKPP kerana muncul sebagai Naib Johan dalam pertandingan bicara berirama peringkat Daerah Port Dickson baru-baru ini, di samping itu konduktor pasukan , Nur Shuhada Azila Binti Mohd Nazri   diumum sebagai konduktor terbaik.

Ahli pasukan dan guru penasihat tetap menyemai semangat untuk muncul sebagai Johan pula selepas ini dan semoga impian menjadi kenyataan hendaknya.

Tahniah dan terima kasih buat semua guru pembimbing terutama cikgu Salleh B Mohamad , yang tidak jemu memberi tunjuk ajar , begitu juga Cikgu Julia Zainal , Cikgu Bibi Sarah dan Cikgu Anwar Ibrahim , walaupun cuti sekolah , sanggup berkorban masa dan tenaga bersama ahli pasukan bicara berirama yang berlatih ketika cuti sekolah baru-baru ini...

Walau pun muncul sebagai Naib Johan , anda tetap juara di hati kami.... Tahniah SMKPP...

Guru-guru penasihat turut menerima pingat ,, pingat disampaikan oleh GPK Kokurikulum , En. Adly Hazrami Bin Masngadi.




































Sunday, June 28, 2015

LALUAN IQRA CETUSKAN SEMANGAT INGIN TAHU DI KALANGAN MURID ...

Program Laluan Iqra yang dijalankan setiap pagi Isnin semasa perhimpunan rasmi mempunyai pengikut setia yang tersendiri di mana mereka akan bersedia menjawab soalan yang berkaitan dengan artikel yang disediakan oleh Panitia Matapelajaran setiap minggu.

Laluan Iqra diadakan bagi menjana idea murid setelah membaca artikel yang disediakan oleh Panitia matapelajaran mengikut giliran sepanjang tahun. Ia juga bagi menarik minat murid dengan tabiat membaca sekurang-kurangnya selama lima minit sehari bagi menambah ilmu. Setelah itu, soalan akan dikemukakan bagi menguji kefahaman mereka semasa membaca artikel dan hadiah disediakan oleh Pusat Sumber Sekolah , PSS. 

Semoga murid-murid SMKPP beroleh ilmu berpanjangan sepanjang hayat.... Insha Allah.