WELCOME NOTE







"SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SMK PASIR PANJANG BATU 17 JALAN PANTAI 71250 PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN ..TEL :066619027 FAKS : 066610780 EMAIL : smpasirpanjangpdn9@gmail.com




Saturday, July 18, 2015

SALAM AIDILFITRI 1436H ...DARIPADA KAMI WARGA SMKPP...MAAF ZAHIR BATIN..


STAF AKADEMIK BERSAMA STAF SOKONGAN SMKPP BERGAMBAR KENANGAN SEMPENA
 SAMBUTAN AIDILFITRI 1436 H / 2015

Salam RIMUP jalinan kukuhkan perpaduan...

Tradisi salam menyalam sebelum tiba suatu perayaan di antara murid SMKPP yang berbilang kaum, diteruskan bagi mengukuhkan perpaduan di antara mereka , secara tidak langsung dapat memupuk nilai saling hormat menghormati antara warga SMKPP sendiri.

Sebelum bercuti panjang selama seminggu sempena sambutan Aidilfitri  , maka pada hari Selasa, bersamaan 14hb Julai 2015 yang lalu , semua murid SMKPP memberi ucapan Selamat Hari Raya kepada semua rakan mereka dan  kepada semua guru SMKPP juga.

Diharapkan , usaha murni seperti ini dapat diteruskan , agar perpaduan yang sedia terjalin dapat dipertingkatkan bukan sahaja di persekitaran sekolah , malahan di luar sekolah juga. 

Salam Aidilfitri dari meja blogger SMKPP.... Maaf Zahir dan Batin.




















Monday, July 13, 2015

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN SUMBANGAN HARI RAYA 1436H




Bersempena bulan Ramadan Al Mubarak , program tadarus diteruskan dan bulan Ramadan menuju ke penghujungnya maka , majlis khatam Al-Quran telah diadakan pada 10 Julai lalu bersamaan 23 Ramadan 1436H..di samping itu turut disampaikan dalam majlis berkenaan adalah sumbangan hari raya kepada semua anak murid yatim piatu dan kurang kemampuan . Semoga semua amalan di bulan mulia diterima Allah hendaknya...