WELCOME NOTE







"SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SMK PASIR PANJANG BATU 17 JALAN PANTAI 71250 PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN ..TEL :066619027 FAKS : 066610780 EMAIL : smpasirpanjangpdn9@gmail.com




Tuesday, October 20, 2015

Hari Sukan Negara Peringkat SMKPP , ceria dan berjalan lancar ...

10 /10/2015 telah diisytiharkan sebagai hari sukan negara, dan sebagai institusi pendidikan kerajaan sudah tentu SMKPP juga melahirkan komitmen yang tidak berbelah bahagi, menunjukkan sokongan dengan menjalankan aktiviti yang menyihatkan badan.

Ia bermula dengan aktiviti berjalan kaki menuju ke pekan Pasir Panjang dan masuk ke Kampung Telok dan keluar semula ke jalan besar menuju semula ke sekolah , perjalanan tersebut adalah sejauh 2 kilometer dan  memakan masa 20 minit .

Ia sangat mengujakan murid dan guru kerana dapat menikmati suasana pagi yang sihat dan menyegarkan dalam suasana kampung dan angin laut Pasir Panjang yang mendamaikan...

Selesai sessi berjalan kaki, selepas rehat selama 30 minit, semua murid dan guru menuju ke padang SMKPP bagi menjalankan aktiviti karnival sukan...

Antara sukan yang diadakan dan sangat mengujakan adalah sukan tarik tali....

berikut dipaparkan beberapa gambar aktiviti hari sukan negara peringkat SMKPP yang penuh ceria dan menyihatkan...