WELCOME NOTE







"SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SMK PASIR PANJANG BATU 17 JALAN PANTAI 71250 PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN ..TEL :066619027 FAKS : 066610780 EMAIL : smpasirpanjangpdn9@gmail.com




Wednesday, December 31, 2014

Selamat Datang Cikgu Roslan



Patah tumbuh hilang berganti , begitulah adat hidup di dunia ini, yang datang dan  yang pergi pasti akan ada pengganti.

Perubahan struktur organisasi SMKPP untuk tahun baru 2015 ini menyaksikan  pertukaran Pengetua Cemerlang En. Ab. Wahab Bin Maadah pada bulan Disember lepas ke SMK Intan Perdana dan diganti dengan En. Roslan Bin Mohd Zainal sebagai Pengetua sekaligus memimpin SMKPP untuk sessi baru tahun 2015.

Kami warga SMKPP mengucapkan selamat datang kepada En. Roslan Bin Mohd Zainal dan berdoa semoga kehadiran tuan dapat memimpin SMKPP ke arah kecemerlangan daripada pelbagai aspek , akademik , kokurikulum dan kemenjadian murid.

En. Roslan Bin Mohd Zainal berasal dari negeri Johor dan sudah menetap di Negeri Sembilan. Beliau berpengalaman sebagai guru selama 21 tahun dan sudah berkhidmat di tiga buah sekolah sebelum ini , iaitu SM Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan,  SM Agama Pedas , dan  SMK Desa Cempaka Nilai , Negeri Sembilan.

En. Roslan Bin Mohd Zainal 
Pengetua SMKPP 

TERIMA KASIH CIKGU WAHAB ...



Pada bulan Disember lepas, Pengetua Cemerlang SMKPP , En. Ab.Wahab Bin Maadah disahkan bertukar ke SMK Intan Perdana , Port Dickson sebagai Pengetua Cemerlang pertama di sekolah baru berkenaan.

SMK Intan Perdana adalah sebuah sekolah baru yang terletak hanya 1 kilometer dari Politeknik Port Dickson.

Warga SMKPP ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas pimpinan Cikgu Wahab selama setahun 2 bulan di SMKPP ... jasa mu tuan tetap dikenang dan jemput datang lagi menjengah kami di sini.

Terima kasih tuan , budimu tetap kami kenang sehingga badan dikandung tanah.


En. Ab Wahab Bin Maadah 

Tuesday, November 18, 2014

Tiga Penjuru SMK Pasir Panjang sebelum cuti meriah dengan kehadiran ibubapa

Sebelum menutup tirai persekolahan 2014 , perjumpaan guru dengan ibubapa serta murid atau dipanggil perjumpaan tiga penjuru telah diadakan pada 18hb November 2014 (hari Rabu) di kelas masing-masing untuk membincangkan pencapaian akademik anak-anak didik SMKPP.











Monday, October 13, 2014

KEBANGGAAN SMKPP (1)


 : Aktiviti 1 : Kejohanan Karate Antarabangsa anjuran Universal Shotokan Karate Union (USKU)
                      2014 di Convention Hall, Financial Park , Labuan Sabah.

Seorang lagi murid tingkatan empat sarjana yang mengharumkan nama sekolah dan negara amnya dalam satu kejohanan karate antarangbangsa yang dianjurkan oleh USKU tahun 2014 yang diadakan pada 17hb September hingga 22hb September lalu adalah TEE KHAI BOON. 

Dalam kejohanan berkenaan Tee Khai Boon berjaya mendapat tempat kedua dalam kategori Kumite dan tempat ketiga dalam kategori Kata, Menurut Tee Khai Boon usaha beliau sejak di bangku sekolah rendah ketika berusia 9 tahun nyata berbaloi dengan kemenangannya kali ini.



               
Tee Khai Boon bersama ibunya yang juga salah seorang guru SMKPP , Pn. Woon Kim Chai 
menunjukkan sijil dan pingat yang dimenanginya. Tahniah Tee Khai Boon 
              

             
              



           

Aktiviti 2 : Kejohanan Lompat Tali Kebangsaan 2014






suasana pertandingan lompat tali fitballrobik yang diadakan pada 24 - 26 Ogos 2014 di Kompleks Sukan Balik Pulau , Pulau Pinang 
Mohd Al Aqil Bin Afandi menerima hadiah daripada Timbalan Menteri Kesihatan YB Dato'Seri Dr Hilmi Bin Hj Yahaya



Tuesday, September 23, 2014

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH ...


Setelah seminggu bercuti , [ 13 sept - 21 sept 2014 ] warga SMKPP kembali semula ke sekolah dan mula bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan penting seperti PT3 dan SPM.

Apa yang penting , persediaan awal yang telah dibuat oleh calon amat penting untuk memastikan kejayaan dalam peperiksaan ini.

Semoga penggal terakhir untuk tahun 2014 menjadi penggal yang bermakna dan memberi semangat baru  buat semua guru dan murid SMKPP.


Monday, September 15, 2014

SELAMAT HARI MALAYSIA YANG KE 51

Hari Malaysia adalah hari penggabungan negeri-negeri Melayu di Persekutuan Tanah Melayu (kini Semenanjung Malaysia) , Sabah , Sarawak dan Singapura pada 16hb September 1963 dan penggabungan inilah menjadikan ia sebuah negara yang dikenali sebagai Malaysia.

Hari bersejarah ini sehingga kini dikenang sebagai hari yang menyatukan semua penduduk yang berbilang kaum , adat, budaya dan agama . Sejak beberapa tahun yang lalu, tarikh 16hb September adalah cuti umum bagi Malaysia dan ia diharapkan menjadi dorongan untuk penyatuan yang lebih jitu di kalangan rakyat Malaysia sendiri.

Team Blogger SMKPP mengucapkan selamat menyambut hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia amnya, dan semua warga SMKPP khasnya....

Di sini lahirnya sebuah cinta....

Cinta yang subur dan luhur untuk  pertiwi tercinta..., MALAYSIA...51 tahun.




Friday, September 12, 2014

SELAMAT BERCUTI ...

Assalammualaikum dan selamat sejahtera daripada kami 'team blogger SMKPP' ...

Minggu ini mulai 13 September 2014 hingga 21hb September 2014 merupakan waktu yang ditunggu-tunggu oleh semua murid...iaitu cuti .... ye cuti pertengahan penggal kedua selama satu minggu ini benar-benar dinanti untuk merehatkan diri daripada stress belajar dan dibelenggu peperiksaan percubaan SPM yang baru tamat  khamis  lalu....


Apa pun pesanan daripada kami ,  blogger SMKPP . jaga diri sewaktu cuti sekolah ini , kerana selepas cuti kita semua akan bersedia untuk peperiksaan PT3 dan SPM juga..

Untuk yang pulang ke kampung halaman pula hati - hati memandu ,

have a safe journey......

Selamat bercuti untuk semua warga SMKPP!!!

Thursday, September 11, 2014

JALUR GEMILANG HIASI KELAS - KELAS DAN PERSEKITARAN SMKPP ....



Sempena bulan kemerdekaan yang dilancarkan pada bulan Ogos lepas , pelbagai aktiviti disediakan untuk semua murid SMKPP.

Antara aktiviti yang berterusan sehingga bulan September ini adalah menghiasi kelas dengan jalur gemilang . Panitia Sejarah SMKPP turut mengadakan Pertandingan Keceriaan Kelas Bulan Kemerdekaan yang berlangsung sepanjang bulan kemerdekaan ini.


Berikut , dipaparkan beberapa gambar kelas yang sudah dihiasi dengan jalur gemilang....














Sementara itu , di persekitaran SMKPP turut dihiasi dengan Jalur Gemilang sepanjang bulan Ogos - September ini . Apa yang diharapkan aktiviti memasang jalur Gemilang dapat memupuk semangat cintakan negara di kalangan warga SMKPP khususnya.








Pemandangan Blok pentadbiran dari Blok A... ~ pepohon kelihatan subur dan berwarna warni~ menghiasi persekitaran SMKPP...


   ~ Blok pentadbiran , Blok F dari Blok A...
    Pemandangan Blok dari bahagian hadapan Blok B, di sini juga dikenali sebagai Dataran Perhimpunan , tempat berhimpun murid dan guru semasa perhimpunan rasmi.