WELCOME NOTE







"SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SMK PASIR PANJANG BATU 17 JALAN PANTAI 71250 PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN ..TEL :066619027 FAKS : 066610780 EMAIL : smpasirpanjangpdn9@gmail.com




Monday, March 24, 2014

Takziah dan Al-Fatihah MH370 ~ dari kami warga SMKPP



8 hb Mac 2014 yang lalu , negara kita dikejutkan dengan berita kehilangan pesawat MAS yang membawa 239 orang penumpang dan krew pesawat  menuju ke Beijing . Pelbagai teori dan spekulasi disebarkan setiap hari menerusi pelbagai media terutama media sosial dan berita arus perdana pula menyiarkan berita mengenai operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dibuat oleh negara dan 26 buah negara asing yang turut membantu dalam operasi berkenaan . Setelah 17 hari operasi dijalankan , akhirnya Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengumumkan pesawat MH370 berakhir di tengah selatan  lautan Hindi .

~ Blogger SMKPP mewakili warga SMKPP turut bersedih dan bersimpati dengan tragedi yang menimpa ke atas pesawat MH370 . Maka dengan itu , tiada kata-kata yang mampu diucapkan melainkan ucapan takziah kepada  keluarga mangsa , dan Al-Fatihah buat mangsa MH370 yang beragama Islam .

Saturday, March 22, 2014

SELAMAT BERCUTI ...

Musim cuti penggal persekolahan tiba lagi...blogger SMKPP berharap cuti pertengahan penggal ini dapat dimanfaatkan oleh semua murid dan guru ..ke manakah destinasi cuti kali ini?

Pasti ada yang bercuti di kampung halaman masing-masing terutama guru-guru SMKPP yang rata-ratanya datang dari negeri pantai timur semenanjung. Kepada anak-anak murid pula jangan lupa mengulangkaji kerana selepas ini sesi peperiksaan pertengahan tahun akan menjelma Mei ini...

Ada juga guru yang datang ke sekolah untuk sessi kelas tambahan , murid yang terlibat diharapkan memenuhi kedatangan sekurang-kurangnya cuti dimanfaatkan untuk aktiviti yang berfaedah...

Cuti sekolah ini diharapkan semua murid menjauhi aktiviti melepak dan merempit , kalau kerja sambilan pula janganlah abaikan tanggungjawab menyiapkan kerja sekolah ye...buatlah aktiviti yang menguntungkan diri dan keluarga elakkan aktiviti yang tidak membina diri...

Sampai jumpa lagi. ~ Blogger SMKPP




Tuesday, March 18, 2014

BULAN BAHASA - MURID TUNJUK BAKAT


Bersempena bulan Bahasa yang berlangsung pada bulan Mac 2014 ini, murid - murid SMKPP menonjolkan bakat masing-masing dengan memasuki pertandingan pidato Bahasa Melayu , pertandingan nyanyian Bahasa Inggeris , serta juga aktiviti 'Listen it , Practice it ...


Hari ini 18hb Mac 2014, aktiviti kokurikulum diisi dengan pertandingan nyanyian Bahasa Inggeris , beberapa orang murid menunjukkan bakat masing-masing dendangan lagu pilihan , malah ada murid perempuan  yang boleh bermain gitar dengan baik .

Tahniah diucapkan kepada yang berani menonjolkan bakat tersembunyi , moga suatu hari nanti bakat yang ada membantu meningkatkan prestasi diri dan digunakan untuk mencari rezeki malah menempa nama dalam industri muzik tanahair.















+

Monday, March 17, 2014

LDP ;PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY (PLC)



Tarikh  :  17 hb Mac 2014 (Isnin)
Tempat : Balai Muafakat
Masa   :  3 petang

Hari ini semua guru SMKPP didedahkan dengan komuniti  pembelajaran  profesional yang mempunyai konsep yang mengutamakan perkongsian di antara guru-guru untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan seterusnya dapat meningkatkan juga pencapaian murid.
Kaedah ini dikatakan dari negara Jepun yang membantu murid di negara matahari terbit itu maju dalam pembelajaran mereka.

PLC merujuk kepada para pendidik yang komited dan belajar secara kolaboratif serta berterusan dalam membuat inkuiri atau kajian tindakan untuk mencapai prestasi murid yang lebih baik.

Pendek kata, PLC ini sebenarnya adalah satu pembudayaan sekolah yang menggalakkan pembelajaran guru secara kolaboratif untuk melaksanakan penambahbaikan .

Antara yang difahami dalam pembentangan konsep PLC tadi ialah,  seorang guru mengajar murid di dalam kelas bersama beberapa orang guru dalam panitia yang sama  berkongsi idea dalam PdP , tidak timbul senioriti atau siapa lebih hebat mengajar kerana guru sebenarnya memberi fokus kepada meningkatkan pemahaman murid seterusnya prestasi murid di sekolah berkenaan . Sikap keterbukaan guru adalah penting dalam menerima idea atau penambahbaikan dari rakan untuk tujuan yang satu iaitu meningkatkan prestasi murid .


Berikut gambar - gambar guru SMKPP yang mengikuti LDP PLC....













Sunday, March 16, 2014

MESYUARAT AGONG PIBG SMKPP 2014- 19 MAC 2014



Untuk makluman semua ibu bapa , bekas pelajar  SMKPP mesyuarat agong PIBG kali ke 39 akan diadakan pada 19hb Mac 2014 ini bersamaan hari Rabu jam 2.00 petang.

Mohon sesiapa yang membaca blog ini untuk mewarwarkan pengumuman  untuk semua ibu bapa atau kenalan yang mempunyai anak yang bersekolah di  SMKPP , kehadiran ibubapa penting untuk mencapai persetujuan bersama demi masa depan pelajar SMKPP.

Terima kasih - blogger SMKPP

Saturday, March 15, 2014

MTAQ 2014 Daerah Port Dickson berjalan lancar



Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t kerana dengan izinNya Majlis Tadarus Al-Quran (MTAQ) 2014 peringkat daerah Port Dickson berjalan lancar.

Antara pertandingan yang dipertandingkan dalam MTAQ kali ini ialah nasyid  sekolah menengah dan sekolah rendah , syarahan , tilawah , khat, hafazan  , bercerita , berzanji dan marhaban serta kompang selawat.

Kesemua pertandingan telah diadakan di SMK Pasir Panjang kecuali berzanji dan marhaban serta kompang selawat diadakan di SK Pasir Panjang.

Tahniah kepada semua warga SMKPP kerana berjaya mengelolakan majlis dengan jayanya...Alhamdulillah.
























Friday, March 14, 2014

Corat - Coret SMKPP 2

Hari Rabu , hari yang ditunggu - tunggu oleh warga SMKPP ... nak tahu kenapa? kerana pada pagi Rabu ada beberapa aktiviti yang bermula pada pukul 7.30 pagi ...

Acara Aku Hebat Aku Berbakat amat ditunggu oleh peminatnya kerana waktu inilah artis berbakat muncul seketika ..sama ada berdendang dengan gitar , bersyair , berlakun atau pun bernasyid , berkoir....masa ni ramai yang menggigil atau pun muka masing-masing berwajah selamba...itu la yang dinamakan "Tak Kenal , Maka Tak Cinta, "Tak Tunjuk , Tak Tau bakat masing-masing ..ye tak ???

Apa - apa pun ...'good job' buat anda semua yang sudah buat persembahan....