WELCOME NOTE







"SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SMK PASIR PANJANG BATU 17 JALAN PANTAI 71250 PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN ..TEL :066619027 FAKS : 066610780 EMAIL : smpasirpanjangpdn9@gmail.com




Wednesday, January 7, 2015

LDP Pedagogi Alaf 21 ~ Pembuka Tirai LDP Guru-Guru SMKPP


Menjelang abad 21 kini pelbagai teknologi baru digunakan untuk memantapkan pengajaran dan pembelajaran (pdp) .

Maka , mulai 2015 ini semua guru digalakkan untuk menggunakan pendekatan baru bagi memantapkan pdp di dalam kelas . Untuk itu semua guru SMKPP telah hadir dalam sessi LDP pertama pada tanggal 30hb Disember 2014 lalu bagi memantapkan pengetahuan mengenai pelaksanaan pedagogi Alaf 21 .

Dua fasilitator yang juga guru SMKPP dan seorang lagi guru dari  SMK Intan Perdana iaitu Pn. Bibi Sarah Binti Hasrap dan juga Pn. Maznira Binti Mohd Kuzin telah berkongsi ilmu mengenai pedagogi yang bakal dilaksanakan.

Info PdP Alaf 21 ;(Dapatan  daripada LDP)
  • PdP alaf 21 mempunyai tujuh teras utama pedagogi iaitu ;
1. Perancangan Pengajaran , Kandungan dan Penyampaian

2. Mencipta persekitaran Pengajaran yang positif

3. Pentaksiran untuk Pembelajaran

4. Pembelajaran Kolaboratif dan Koperatif

5. Kemahiran Penyoalan dan Berfikir

6. Pembezaan

7. Pengetahuan Profesional dan Refleksi

Ciri-ciri Pedagogi Alaf 21 

  • PdP alaf 21 menekankan pembelajaran secara koperatif dan koloboratif , manakala guru bertindak sebagai fasilitator di dalam kelas
  • Susun atur kerusi meja di dalam kelas pula adalah berbentuk kumpulan , bagi memudahkan murid berbincang dan berinteraksi antara satu sama lain. Pendekatan pengajaran menggalakkan penggunaan teknologi maklumat (ICT) sesuai dengan peredaran masa yang kini terdedah dengan internet dan aplikasi media yang lain.
  • Guru perlu menulis objektif pembelajaran  di papan putih supaya murid jelas matlamat aktiviti yang dijalankan .

  • melibatkan persekitaran pembelajaran emosi dan pembelajaran fizikal 
PERSEKITARAN PEMBELAJARAN EMOSI :
  • Guru menetapkan peraturan murid perlu mematuhi peraturan dan rutin yang ditetapkan .
  • Murid ditekankan dengan ganjaran dan akibat
  • Guru mempamer dan menggalakkan harapan yang jelas dan tinggi berdasarkan rasa hormat, penghargaan , empati dan persefahaman 
  • Bahasa positif , kata - kata semangat dan motivasi perlu ada dalam pdp.
PERSEKITARAN PEMBELAJARAN FIZIKAL


  • Sessi pdp diadakan dalam keadaan selesa, selamat , cekap dan mesra
  • Susun atur melibatkan pembelajaran berpusatkan murid , sesuai dengan usia dan mata pelajaran 
  • Menyediakan peluang murid akses sumber pembelajaran 
  • Bahan pembelajaran dan hasil kerja murid dipamerkan.

PERBEZAAN DI ANTARA PEDAGOGI KONVENSIONAL DAN ALAF 21


 Dimensi 
 KONVENSIONAL
 ALAF 21
 ASAS PEDAGOGI
Memberi maklumat 
 Membina maklumat
 FOKUS PEMBELAJARAN
 Isi Pelajaran 
 Belajar untuk belajar
 STRATEGI PEMBELAJARAN
Berinteraksi
Bekerjasama dan berinteraksi 
 MATLAMAT PEMBELAJARAN
 kawalan luaran 
Autonomi 
 TEORI PEMBELAJARAN
 Tingkah laku
kognitif 
 PERANAN GURU
 Mengajar
Fasilitator 
 KAEDAH PENGAJARAN
 Terhad
 Terbuka
 PENDEKATAN PEMBELAJARAN
 Luaran
Mendalam 
 STRUKTUR PEMBELAJARAN
 Tetap 
Fleksibel 
 MODEL PENGAJARAN
 Berpusatkan guru 
 Berpusatkan murid
 OBJEKTIF PEMBELAJARAN
 Pemindahan maklumat
Pertukaran idea/pemikiran 
 KAEDAH PEMBELAJARAN
 Pasif
Aktif 

Dapatan daripada LDP ini maka dapat dirumuskan ;persediaan berikut untuk melaksanakan pdp abad ke 21 ;


*Guru- guru yang melaksanakan pdp alaf 21 perlu ada;

1. Guru menunjukkan dan memberitahu objektif pembelajaran dan kriteria kejayaan  kepada semua murid di dalam kelas sebelum memulakan sessi pdp. [Guru boleh menulis dan menampal objektif dan kriteria kejayaan itu di atas papan tulis.] Murid lihat dan baca.

 ~  Objektif pembelajaran ditulis lebih umum .

manakala kriteria kejayaan ditulis secara khusus.

Contoh :

Objektif pembelajaran : Murid dapat menyenaraikan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia .

Kriteria kejayaan : Murid dapat menyenaraikan lima negeri -negeri di Semenanjung Malaysia. 

2. Lampu isyarat( atau dipanggil traffic light) - diperbuat daripada kadbod/ manilakad atau kad berwarna dan mempunyai icon wajah yang menggambarkan faham , kurang faham  dan tidak faham . Ia bagi kegunaan murid  menunjukkan aras pemahaman mereka sekaligus membantu guru mengecam murid yang kurang memahami subjek yang diajar.

contoh icon traffic light : Guru boleh perbanyakkan icon ini untuk diberi kepada semua murid untuk menggambarkan kefahaman mereka kepada guru semasa sessi pembelajaran berlangsung.

.i) menggambarkan faham

icon ini murid tunjuk pada guru - menggambarkan " saya faham cikgu"

ii) menggambarkan tidak faham 

icon ini murid tunjuk pada guru - menggambarkan " saya tidak faham cikgu"


iii) menggambarkan masih keliru atau kurang faham 

icon ini murid tunjuk pada guru  - menggambarkan " saya masih keliru cikgu"


3. Anchor activiti : aktiviti pengukuhan bagi murid yang sudah memahami pembelajaran , boleh meneruskan aktiviti pengukuhan dengan menggunakan latihan yang disediakan dalam sudut anchor aktiviti.

4. Parking Lot - untuk kegunaan murid yang malu bertanya jika tidak faham apa yang guru sampaikan boleh menulis mesej / soalan yang mahu ditanya kepada guru dan menampal kertas itu di board yang dinamakan 'parking lot'.

5. Sudut hasil kerja murid perlu diwujudkan bagi mempamerkan hasil kerja murid pada hari guru mengajar. Sudut ini boleh diadakan di sudut matapelajaran supaya semua murid dapat berkongsi hasil kerja rakan mereka.

6. Papan ganjaran - Murid yang bergerak secara berkumpulan boleh dimotivasikan dengan papan ganjaran , di mana jika kumpulan berjaya memenuhi kehendak guru atau memenuhi kriteria kejayaan dalam pdp pada hari berkenaan boleh diberi ganjaran / bintang untuk ditampal di atas papan ganjaran.
Ini menggalakkan sikap ingin berlumba sesama mereka  bagi mendapatkan ganjaran /.

* Satu perkara yang perlu diambil perhatian oleh semua guru ialah, pedagogi abad ke 21 tidak semestinya menggunakan laptop serta LCD tetapi yang utama adalah pdp itu  berpusatkan murid dan guru bertindak sebagai fasilitator.

Berikut adalah contoh Rancangan Pengajaran Harian (RPH) pdp abad ke 21 untuk panduan semua guru;

Contoh RPH Bahasa Melayu
Subjek  : BAHASA MELAYU
Tema     : (Dari teks)
Masa     :…………………………….
Topik     : Karangan Fakta (cth)
Bil. Murid:……………………………..
Kemahiran Bahasa           : Mendengar/Bertutur/Membaca/ Menulis
Kelas        :……………………………..
Sistem Bahasa: Tatabahasa/ kosa kata/ ejaan/sebutan & intonasi/Peribahasa
Ilmu:
FU:
Nilai:
FS:
KBT:
Objektif Pembelajaran (LO)
Pada akhir pelajaran,
murid-murid akan dapat:
(mesti boleh diukur)
Kriteria Kejayaan (SC)
Murid akan berjaya jika mereka boleh:
Ikut aras pelajar – lemah, sederhana,cemerlang
Penilaian Pembelajaran  (PBS)


Konsep Penting/ Kosa Kata/ Frasa Menarik
BBM/ Sumber
Cth: IMBaKUP



Rangka Perancangan
Individu


Pasangan

Kumpulan

Keseluruhan

Aktiviti
Individu



Pasangan


Kumpulan


Keseluruhan


Plenari
(Penutupan)
Individu

Cth: Guru meminta murid membuat rumusan tentang pelajaran pada hari itu.
Pasangan

Kumpulan

Keseluruhan

Kerja Rumah
Cth. Menulis karangan yang lengkap

Impak/ Refleksi
Pencapaian objektif Pembelajaran
Tindakan susulan
Penambahbaikan PdP
23/25 orang murid mencapai objektif
2 orang murid lagi akan diberi bimbingan selanjutnya.
i.                     BBM yang lebih sesuai






Gambar- Gambar sekitar LDP AMALAN PEDAGOGI ABAD KE 21 SMKPP:

Taklimat Pengenalan daripada Penyelaras LDP SMKPP, Pn. Suriya Ariffin

Pn. Bibi  Sarah menyampaikan tujuh teras dalam pdp alaf 21




Fasilitator Pn. Bibi Sarah menerima cenderahati daripada GPK1 SMKPP, En. Abdul Wahid.
Fasilitator Pn. Maznira menerima cenderahati daripada GPK 1 SMKPP, En. Abdul Wahid.

14 comments:

  1. Pernahkah cikgu dengar SUDUT OPEM? Boleh terangkan kpd saya kah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya akan cuba cari ..jika dapat nanti saya akan update ..terima kasih atas respon anda.

      Delete
    2. Kalau tak silap saya sudut OPEM atau sudut objektif pembelajaran perlua ada di papan putih .. sebelum mengajar guru perlu beritahu kepada murid objektrif pembelajaran dan kriteria kejayaan yang perlu dicapai pada hari berkenaan.

      Delete
  2. terima kasih atas perkongsian ini. amat bermanfaat untuk semua. semoga menjadi amal jariah kepada anda

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas perkongsian ini. amat bermanfaat untuk semua. semoga menjadi amal jariah kepada anda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas komen Pn. Kamariah .. Insha Allah benda yang baik elok dikongsi semoga kita dapat manfaatnya.

      Delete
  4. Good sharing! Thank you so much😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. U re most welcome cikgu...terimakasih melawat blog kami

      Delete
  5. Good sharing! Thank you so much😊

    ReplyDelete
  6. Tumpanh bertanya, bilakah masa yg sesuai utk pelajar gunakan parking lot?

    ReplyDelete
    Replies
    1. prking lot sepnjg pdp berlngsung ...murid boleh guna kertas pelekat dan tampal soalan yang ingin ditnyakan kepada guru.

      Delete
  7. MOHON PENCERAHAN TENTANG ANCHOR ACTIVITY

    ReplyDelete
    Replies
    1. anchor activity ialah sudut utk murid yg sudah menyelesaikn tugsn boleh menjwb soalan pengukuhn yng cikgu sedikn di satu tempt yng dinamakn anchor activity.

      Delete
  8. Pemebelajaran Abad ke-21 memang merangsangkan kepada murid. Tetapi sejauhmanakah persediaan untuk menikmati pembelajara ini. Sehingga perubahan persekitaran tidak berlaku terutamanya dikawasan pedalaman sudah pastinya guru masih kekal sebagai pengajar. Mungkin kita boleh ditunjuk melalui melayari internet tetapi " kereta hanya boleh bergerak dengan petrol bukan dengan gambar petrol'.

    ReplyDelete