WELCOME NOTE







"SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SMK PASIR PANJANG BATU 17 JALAN PANTAI 71250 PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN ..TEL :066619027 FAKS : 066610780 EMAIL : smpasirpanjangpdn9@gmail.com




Thursday, January 29, 2015

TAHNIAH TEAM SEPAKTAKRAW SMKPP 2015



Sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan sepaktakraw SMKPP yang baru sahaja meraih gelaran juara dan naib juara bagi kategori bawah 15 tahun , peringkat MSSD Port Dickson yang berakhir semalam , 28hb Januari 2015..

Tahniah kepada semua guru penasihat sepaktakraw yang terlibat dengan latihan sebelum pertandingan...

Tahniah juga kepada cikgu Anwar Ibrahim yang bertindak selaku guru penasihat , jurulatih utama atau coach yang sememangnya komited terhadap tugas.... 

~ SMKPP BOLEH ~


   PASUKAN SEPAKTAKRAW SMKPP BERGAMBAR KENANGAN BERSAMA PENGETUA SMKPP , EN ROSLAN BIN MOHD ZAINAL DAN CIKGU ANWAR IBRAHIM SELAKU COACH UTAMA .

~Gotong Royong ceriakan kelas ~ wujudkan kerjasama yang berterusan



Rutin awal tahun diteruskan oleh guru kelas serta murid - murid SMKPP iaitu,  menceriakan dan membersihkan kelas dan ini  antara aktiviti awal tahun yang paling asas untuk dilakukan .

Hari ini kerjasama di antara guru dan murid terjalin lagi , dengan bersatu hati menceriakan dan membersihkan kelas untuk tahun 2015..

Semoga semua kelas dapat kekal ceria dan sentiasa bersih untuk pdp yang lebih ceria dan sihat.

Antara gambar yang sempat dirakam semasa aktiviti gotong royong @blok H...










Wednesday, January 28, 2015

~ Aktiviti sarana ibubapa ~


Hari ini , selepas merentas desa , semua guru SMKPP menikmati jamuan kecil , atau popular dengan panggilan 'potluck'...kerjasama di antara guru sememangnya terjalin dengan baik , kerana semua guru SMKPP berkongsi makanan yang dibawa dari rumah hari ini...

Jamuan diadakan di bilik guru semasa waktu rehat sekolah ...

Umpama menyelam minum air , semua AJK PIBG dipanggil semasa jamuan ini untuk membincangkan aktiviti sarana bagi tahun 2015...

Semoga komitmen di antara guru - guru , serta juga ibubapa berterusan untuk kebaikan semua murid SMKPP...







Kejohanan Merentas Desa SMKPP 2015 ~ Ceria dan Penuh Semangat ~

Pagi yang ceria berterusan hari ini , semua peserta merentas desa kelihatan bersedia.

Rumah Sukan , ALFA , BRAVO , CHARLIE , DELTA juga sudah bersedia untuk merentasi desa yang meliputi Taman Sengkang dan Ladang Sengkang , Pasir Panjang Port Dickson...Guru-guru juga sudah bersedia di Check Point yang ditetapkan ...

Kejohanan bermula seawal jam 8.00 pagi dengan melibatkan kategori Lelaki bawah 18 tahun, Perempuan bawah 18 tahun , Lelaki bawah 15 tahun dan Perempuan bawah 15 tahun.

Berikut dipaparkan , gambar - gambar sepanjang kejohanan berlangsung ....



A) sesi taklimat oleh GPK Kokurikulum , En. Adly Hazrami Bin Masngadi


Pengetua SMKPP juga turun padang ...

GPK 1 En. Abdul Wahid , turut serta sebagai marshall

Antara peserta yang mengambil bahagian sedang melalui trek dalam Ladang Sengkang , Pasir Panjang








 B) Guru yang bertugas mengawal lalu lintas
 Pn. Woon , antara guru wanita yang bertugas di bahagian lalu lintas ...



 C) Menuju ke garisan penamat



Pagi sebelum MERENTAS DESA SMKPP ....~



Hari ini 28hb Januari 2015, hari ketiga dalam minggu ketiga persekolahan sessi 2015...

Pagi ini , unit kokurikulum SMKPP , akan mengadakan merentas desa peringkat SMKPP...

Semua guru Rumah sukan , Alfa Bravo , Charlie dan Delta sudah bersiap sedia dengan pasukan masing-masing...

dan bagaimana pula dengan ahli-ahli rumah sukan pula ya?.. Blogger  SMKPP sempat turun padang, ke pintu masuk sekolah untuk melihat sendiri semangat peserta-peserta rumah sukan kali ini...

Nampaknya memang mereka semua langkah kanan dan bersemangat serta kelihatan ceria,  kerana kali ini, di pintu masuk sekolah , kelihatan Pengetua , En.Roslan Bin Mohd Zainal dan ditemani oleh GPK 1 , En. Abdul Wahid Bin Abdul Ghani serta GPK HEM, Pn. Yeow Bee Lin menyambut ketibaan murid-murid SMKPP hari ini...

Semoga semua ceria dan bersemangat sepanjang hari persekolahan ni ya..dan TAHNIAH kerana anda hadir ke sekolah hari ini...




Monday, January 26, 2015

Corat Coret SMKPP ~ Ke arah Guru Penyayang ~



"Selamat pagi " , "Selamat datang ke sekolah , terima kasih kerana anda hadir " itu lah ungkapan daripada cikgu Abdul Wahid Abdul Ghani yang menyapa setiap murid yang memasuki pintu pagar sekolah pada hari ini.

Ungkapan mesra itu bertujuan memberi semangat kepada murid supaya suka hadir ke sekolah , dan mewujudkan konsep "Guru Penyayang" yang menunjukkan sifat mengambil berat kehadiran murid ke sekolah.


Sememangnya guru menyayangi muridnya ....dan murid pula perlu  menghargainya dengan mendengar kata guru kerana pepatah ada mengatakan " Murid yang baik adalah murid yang mendengar kata"....
dan "Guru yang baik adalah guru yang menyayangi anak muridnya"...




Friday, January 23, 2015

PENYERAHAN SURAT KUASA GURU DISIPLIN


Sekolah adalah sebuah institusi pendidikan awal bagi semua murid melatih diri berdisiplin menjalani kehidupan sebelum melangkah ke alam dewasa.

Bagi memantapkan disiplin murid - murid SMKPP , lembaga disiplin SMKPP telah menyerahkan surat kuasa guru disiplin kepada semua guru lelaki  dan dua orang guru wanita dalam satu majlis ringkas semasa perhimpunan hari Isnin yang lalu.
Penyampaian surat kuasa itu telah disampaikan oleh Pengetua SMKPP, En. Roslan Bin Mohd Zainal.

Usah disoal kenapa tidak dibenarkan berambut panjang  atau merokok ketika  di sekolah  kerana dua perkara itu dilarang sama sekali…..
Jawapannya sudah tentu untuk melatih anda menjadi seorang yang berdisiplin , mengikut peraturan, kemas dan sihat menjalani kehidupan sepanjang hidup anda.
Jadilah seorang yang berilmu dan berdisiplin , kerana ini adalah asas hidup manusia bagi menjalani hidup yang lebih teratur dan berkualiti…Pesanan ikhlas daripada blogger SMKPP



~  Cikgu Salleh Bin Mohamad


 ~ Cikgu Yusri Bin Mokhtar
~ Cikgu Kanna Paramathma
~  Cikgu Toh Hong Meo


~ Ustaz Tajul Azhar Bin Harun

Cikgu Anwar Bin Ibrahim

~ Cikgu Salmee Abd Naser Bin Abdul Hamid



~ Cikgu Zaharuddin Bin Abu Bakar


Cikgu Razali

~ Pn. Nor Jamaliah Binti Mohamad Tarmizi

~ Pn. Siti Hajar Binti Abas

Wednesday, January 21, 2015

MERENTAS DESA MSSD PORT DICKSON ~ BERAKHIR DENGAN JAYANYA...

KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD PORT DICKSON

TEMPAT : SMK PASIR PANJANG PORT DICKSON

TARIKH  : 21 HB JANUARI 2015 (RABU)

Kejohanan merentas desa peringkat MSSD Port Dickson selesai pada hari ini pada jam 1.30 tengahari tadi setelah tamat  majlis penyampaian hadiah di Dewan Utama SMKPP. 

Kejohanan bermula seawal 7.45 pagi dengan pendaftaran peserta-peserta yang mewakili sekolah masing-masing. Ia terbuka untuk semua Sekolah menengah(SMK) , Sekolah Kebangsaan(SK) , SJK(Cina) dan SJK (Tamil) sekitar daerah Port Dickson dan mempertandingkan enam kategori iaitu ; L18, P18 , L15, P15, L12 , P12.

Kejohanan dimulakan dengan larian Lelaki bawah 18 tahun dan dilepaskan oleh Pengetua SMKPP , En. Roslan Mohd Zainal , ia diikuti oleh Lelaki bawah 15 tahun dan seterusnya. 
Diharapkan kejohanan ini membuka peluang kepada peserta yang layak untuk mewakili daerah Port Dickson peringkat MSSM kelak. 

Tahniah untuk semua pemenang dan semua AJK yang terlibat , kepada  yang tidak berjaya cuba lagi pada tahun hadapan.

a) Pendaftaran






B) Bersedia untuk larian ...dan para guru yang bertugas..






C) Antara peserta yang mengambil bahagian













D) Penyampaian hadiah