WELCOME NOTE







"SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SMK PASIR PANJANG BATU 17 JALAN PANTAI 71250 PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN ..TEL :066619027 FAKS : 066610780 EMAIL : smpasirpanjangpdn9@gmail.com




Wednesday, March 29, 2017

GAMBAR - GAMBAR KEJOHANAN OLAHRAGA SMKPP ~ 17 MAC 2017

RUMAH SUKAN ALFA JUARA BARU.....

Rumah sukan Alfa muncul sebagai juara kejohanan olahraga dan padang yang diadakan baru-baru ini.. manakala rumah sukan Bravo diumumkan pemenang bagi kategori hiasan khemah terbaik dan rumah sukan Delta pula diumumkan sebagai kumpulan perbarisan terbaik.

Juara tahun lepas , rumah sukan Charlie pula tahun ini diumumkan sebagai pemenang ketiga untuk keseluruhan rumah sukan dan diikuti rumah Bravo.

Berikut dipaparkan gambar- gambar sepanjang kejohanan berlangsung ....

























Thursday, March 16, 2017

TAHNIAH BUAT SEMUA CALON SPM SMKPP 2016 GPS SEKOLAH MENINGKAT DARIPADA 6.19 KEPADA 5.87

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua calon SPM SMKPP tahun 2016 kerana berjaya meningkatkan kelulusan bagi subjek Bahasa Melayu dan Sejarah menjadikan peratusan calon yang mendapat sijil meningkat sekaligus meningkatkan Gred Purata Sekolah (GPS).

Blogger tidak berkesempatan menemuramah pentadbir dan calon-calon yang cemerlang ..Insha Allah esok lusa blogger SMKPP akan mengemaskini blog menampilkan komen calon-calon cemerlang semoga menjadi panduan kepada semua bakal calon SPM tahun 2017 dan seterusnya ...

 Calon-calon SPM SMKPP 2016 yang berjaya memperoleh gred cemerlang bergambar kenangan bersama Pengetua, En. Roslan Bin Mohd Zainal dan GPK HEM , En . Mohd Kavi Bin Shamsudin.

 "Tahniah ye" , cikgu Maslinda Yahaya sempat mengucapkan tahniah buat calon Ngan Suk Ying yang bagai tidak percaya dengan keputusan yang diperolehinya.

Calon kelas 5 Sarjana dengan guru tingkatan mereka Pn. Nor Jamaliah tenang menunggu sijil berhenti sekolah dan keputusan peperiksaan .

Sunday, March 12, 2017

MESYUARAT PIBG MENDAPAT SAMBUTAN IBUBAPA TERIMA KASIH KERANA HADIR...

Tanggal 11 hb Mac 2017 lepas merupakan hari mesyuarat PIBG SMKPP kali ke 40 serentak dengan itu juga diadakan penetapan target oleh calon-calon SPM 2017 serta penyerahan bantuan awal persekolahan untuk murid tingkatan 2, 4 dan 5.

Seramai 196 oirang ibu bapa murid SMKPP hadir kali ini. Dalam mesyuarat PIBG kali ini AJK sedia ada dibubarkan dan YDP baru dilantik. Sehubungan dengan itu , Pn. Azlina Binti Ros dipilih menjadi YDP yang baru . Tahniah diucapkan kepada Pn. Azlina semoga AJK baru dilantik ini dapat membantu sekolah dalam memajukan SMKPP.

Gambar-gambar penetapan target oleh calon SPM dan membaca ikrar janji belajar bersungguh-sungguh di depan ibu bapa masing - masing.









































  semua murid tingkatan 5 mengangkat aku janji untuk belajar bersungguh - sungguh di depan semua ibu bapa dan guru sebaik tamat penetapan target.