WELCOME NOTE







"SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SMK PASIR PANJANG BATU 17 JALAN PANTAI 71250 PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN ..TEL :066619027 FAKS : 066610780 EMAIL : smpasirpanjangpdn9@gmail.com




Friday, February 27, 2015

TEAM TAKRAW SMKPP MENANG LAGI...



Minggu ini team takraw SMKPP yang diketuai oleh coach utama , Cikgu Anwar Bin Ibrahim mencatat satu lagi sejarah apabila memenangi tempat ketiga  acara regu bawah 15 tahun dan bawah 18 tahun dalam Kejohanan Sepaktakraw Peringkat Negeri MSS Negeri Sembilan .

Kesungguhan pemain amat dipuji dan team blogger mewakili warga SMKPP mengucapkan sekalung tahniah buat semua pemain dan juga kepada Cikgu Anwar Bin Ibrahim..

SMKPP boleh!!!

Gambar -gambar sekitar pertandingan di Kompleks Sukan Paroi , Seremban ....






Thursday, February 26, 2015

JAMUAN TAHUN BARU CINA - MENGERATKAN HUBUNGAN GURU DAN MURID

27 FEBRUARI 2015

Bersempena sambutan Tahun Baru Cina yang berlangsung baru-baru ini, Persatuan Bahasa Cina SMKPP telah mengadakan jamuan Tahun Baru Cina yang melibatkan murid berbangsa Cina dan Orang Asli serta guru.

Jamuan berlangsung di Dewan Ilmiah waktu Program Kerohanian. Antara objektif jamuan ringkas ini adalah untuk mengeratkan hubungan di antara guru dan murid dan memberi peluang untuk murid berbangsa Cina mengenali rakan baru iaitu murid tingkatan satu dan murid lain.

A) Murid - Murid bersiap sedia untuk jamuan ringkas







B) En.Toh Hong Meo  antara guru berbangsa Cina yang memberi angpau kepada murid.




Wednesday, February 25, 2015

TARIAN NAGA , PERSEMBAHAN SERTA 'YEE SANG' DALAM SAMBUTAN TBC SMKPP 2015

TARIKH : 25 FEBRUARI 2015


SAMBUTAN TAHUN BARU CINA SMKPP DI DEWAN UTAMA






B) Nyanyian beramai-ramai lagu sambutan tahun baru cina....







C) sessi menggaul 'yee sang'....















Hadiah Kehadiran Penuh Januari - Kelas 1 Bestari dan 5 Sarjana catat kehadiran tertinggi


Tarikh : 25 hb Februari 2015

Tradisi SMKPP memberi hadiah atau cenderahati kepada murid yang hadir penuh setiap bulan diteruskan pada sessi 2015 ini,

Kali ini semua pemenang kehadiran penuh mendapat hadiah 'angpau' yang diperuntukkan sempena sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini..

Kelas 1 Bestari dan 5 Sarjana diumumkan sebagai kelas kehadiran penuh terbaik bagi Januari 2015 ini.

Berikut , dipaparkan gambar-gambar guru yang mewakili kelas masing-masing menerima hadiah kehadiran penuh daripada Pengetua SMKPP, En. Roslan Bin Mohd Zainal.



Pn. Yap Lee Mei yang merupakan Penyelaras Program Kehadiran Penuh (Unit HEM) mengumumkan senarai kelas yang menerima kehadiran penuh bulan Januari 2015.

Guru-guru menerima sampul angpau daripada Pengetua ...