WELCOME NOTE







"SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SMK PASIR PANJANG BATU 17 JALAN PANTAI 71250 PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN ..TEL :066619027 FAKS : 066610780 EMAIL : smpasirpanjangpdn9@gmail.com




Saturday, March 28, 2015

Team Bola Jaring SMKPP Rangkul Dua Pingat Gangsa


Team bola jaring SMKPP tahun 2015  agak menyerlah dengan merangkul dua pingat gangsa untuk kategori Bawah 18 tahun dan Bawah 15 tahun ,  dalam kejohanan bola jaring peringkat MSSD Daerah Port Dickson yang berlangsung pada 26 Mac 2015 di Kompleks Sukan Teluk Kemang , Port Dickson.

Apa yang lebih membanggakan enam orang peserta team bola jaring SMKPP telah terpilih untuk mewakili daerah Port Dickson ke peringkat negeri .

Tahniah kepada jurulatih atau sifu bola jaring iaitu cikgu Mazshilawati Binti Rafai (Cikgu Sheila) yang juga merangkap Pengerusi Teknikal bola Jaring Port Dickson , dan juga cikgu Nur Ruqayyah Binti Mohd Surin (Cikgu Nanu) yang sentiasa turun padang melatih peserta team bola jaring SMKPP dan tidak lupa kepada GPK Kokurikulum En. Adly Hazrami Bin Masngadi yang sentiasa memberi sokongan serta juga guru-guru penasihat bola jaring SMKPP...

SMKPP boleh !!!








Ini pula penyampaian hadiah peringkat sekolah ~ 20 April 2015






























Tuesday, March 24, 2015

MESYUARAT AGONG PIBG KALI KE 38 - 28 HB MAC 2015 - SEMUA IBUBAPA DIJEMPUT HADIR



SEMUA ibubapa dijemput hadir ke mesyuarat Agong PIBG kali ke 38 yang akan diadakan pada 28hb Mac 2015 bersamaan hari Sabtu ini pada jam 8.30 pagi bertempat di Dewan Utama SMKPP.

Mesyuarat kali ini akan dirasmikan oleh YB Tuan Haji Abdul Rahman Bin Mohd Redza , ADUN Linggi . Penyampaian hadiah untuk pelajar cemerlang dalam PT3 dan SPM 2014 juga akan disampaikan dalam mesyuarat kali ini. 

Diharapkan kehadiran ibubapa dalam mesyuarat kali ini dapat membantu pihak sekolah dalam menyelaraskan perancangan dan aktiviti sekolah pada tahun ini. 

Majulah SMKPP untuk negara...

Wednesday, March 18, 2015

~Kursus Kepimpinan Pengawas 2015 _ Latih jadi pemimpin yang berani dan berkarisma


Tarikh : 16 Mac - 17 Mac 2015

Tempat : Akademi Pembangunan Belia Malaysia , Pasir Panjang ,Negeri Sembilan

Masa : 2 Hari - 1 Malam

Bermulanya cuti sekolah hujung minggu yang lalu , tidak menjadi alasan kursus kepimpinan Pengawas 2015 tidak dilaksanakan malah, murid khususnya para pengawas kelihatan teruja dan seronok menjalani aktiviti kursus. Malah, para guru yang bertugas turut memberi kerjasama yang tidak berbelah bagi menjayakan kursus tersebut.

Objektif penganjuran kursus ini adalah bagi melatih pengawas mempunyai sikap bertanggungjawab, berani dan mempunyai nilai - nilai murni kepimpinan , menyerlahkan jati diri sebagai pemimpin yang berwibawa dan berkarisma.

Meskipun tempoh kursus agak terhad , namun aktiviti yang disusun mampu memberi kesan kepada para peserta dan diharapkan ia dapat diamalkan dalam menjalani tugas harian di sekolah.

Pendaftaran bermula pada jam 9 pagi 16hb Mac dan aktiviti bermula dengan taklimat oleh pegawai APBM yang bertugas .

Aktiviti kursus pula melibatkan aktiviti dalaman ( indoor activity ) yang dikendalikan oleh kaunselor SMKPP sendiri  iaitu Pn. Effa Khairunnisak Othman dan Pn. Nor Ruqayyah Mohd Surin  manakala aktiviti luar ( outdoor activity) pula seperti abseiling, flying fox dan merempuh halangan dikendalikan oleh jurulatih berpengalaman APBM sendiri. 

Berikut dipaparkan gambar - gambar yang sempat dirakam semasa aktiviti dijalankan .

Day 1 ; 










Day 2 ; Menegakkan menara ....bersatu hati dan fokus...tiang mesti ditegakkan







Jom kita  panjat dan turun ~ abseiling ~








Jom kita terbang --- Flying Fox ~



Tersenyum puas setelah dapat 'terbang '

Mari kita rempuh halangan pula.... ayuh kawan...~ bersedia menunggu giliran




Majlis Penutup ;