WELCOME NOTE







"SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SMK PASIR PANJANG BATU 17 JALAN PANTAI 71250 PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN ..TEL :066619027 FAKS : 066610780 EMAIL : smpasirpanjangpdn9@gmail.com




Monday, February 27, 2017

PELANCARAN BULAN TEKNIK DAN VOKASIONAL SMKPP





Bulan Februari adalah bulan Teknik dan Vokasional yang menyediakan pelbagai pertandingan untuk semua murid SMKPP. Antara pertandingan yang akan dilangsungkan adalah seperti pertandingan memasak , pertandingan mengubah kain pelikat , pertandingan doodle art dan pertandingan ICTL word puzzle . 
Semua pertandingan yang disediakan menguji kemahiran murid dalam asas kehidupan bagi mendidik mereka menjadi kreatif dan membina keyakinan diri . 

Jom kawan-kawan warga SMKPP ...jom cabar diri dengan mendaftar sebagai peserta dalam pertandingan yang dinyatakan seperti di atas...












Terima Kasih Pn. Yeow , Selamat Datang Cikgu Kavi...

Pada pertengahan bulan Januari 2017 lepas , SMKPP sekali lagi kehilangan guru yang telah lama berkhidmat di SMKPP iaitu selama 23 tahun kerana pertukaran kenaikan pangkat ke SMK Tanah Merah Site C Port Dickson. Guru yang dimaksudkan ialah Pn,. Yeow Bee Lin yang berkhidmat sebagai GPK HEM selama lebih 10 tahun di SMKPP dan juga merangkap sebagai guru Bahasa Inggeris yang berkaliber dan berdedikasi selama ini. Terima kasih Pn. Yeow , budimu dan jasamu tidak terbalas dan kami warga SMKPP mengharapkan semoga cikgu dapat meneruskan jasa kepada anak bangsa walau ke mana sahaja cikgu berkhidmat .

Pertukaran Pn. Yeow digantikan oleh En. Mohd Kavi Bin Shamsudin , yang sebelum ini memegang jawatan sebagai GPK Kokurikulum SDASA  . Sehubungan dengan itu kami warga SMKPP sangat mengalu-alukan kedatangan Cikgu Kavi sebagai GPK HEM SMKPP yang baru. Semoga kehadiran Cikgu Kavi dapat meningkatkan disiplin murid SMKPP dan seterusnya dapat menjana kecemerlangan SMKPP .


Selamat bertugas di tempat baru Pn. Yeow, tahniah kerana menerajui SMKPP selama 23 tahun dan kami berharap Cikgu Yeow terus maju jaya dalam karier dan mampu meningkatkan kecemerlangan anak bangsa.
                                 

Ini pula ialah En. Mohd Kavi Bin Samsudin GPK HEM SMKPP yang baru ...Selamat datang Cikgu Kavi...


Berikut gambar - gambar majlis meraikan Pn. Yeow dengan kerjasama Unit Disiplin dan Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKPP....yang diadakan pada 20 hb Januari 2017 lepas.














barisan pentadbir dan guru-guru SMKPP bergambar kenangan bersama Puan Yeow Bee Lin

Thursday, February 2, 2017

RIMUP TAHUN BARU CINA MERIAH DENGAN TARIAN NAGA DAN 'YEE SANG'


Pembukaan sebaik tamat cuti Tahun Baru Cina 2017 unit RIMUP SMKPP menganjurkan majlis sambutan dengan mempersembahkan Tarian Naga , menyediakan 'yee sang' dan menyanyi lagu perayaan Tahun Baru Cina .









                                                        
















'