WELCOME NOTE







"SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SMK PASIR PANJANG BATU 17 JALAN PANTAI 71250 PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN ..TEL :066619027 FAKS : 066610780 EMAIL : smpasirpanjangpdn9@gmail.com




Tuesday, June 13, 2017

PROJECT BASED LEARNING (PBL) SMKPP - himpunkan kreativiti murid

Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2017 digubal bagi memenuhi dasar baharu di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 agar kualiti kurikulum yang dilaksanakan di sekolah menengah setanding dengan standard antarabangsa. Bagi menjayakan KSSM , pengajaran dan pembelajaran perlu memberi penekanan kepada KBAT dengan memberi fokus pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek supaya pelajar dapat menguasai kemahiran yang diperlukan dalam abad ke 21.

Matlamat program ini adalah supaya pelajar -pelajar tingkatan satu secara berkumpulan dapat menghasilkan rekacipta yang boleh digunakan untuk kehidupan seharian melalui pengajaran dan pembelajaran kolaborasi antara subjek Sains, Matematik , Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris . Guru-guru subjek PJK dan Matematik akan merancang aktiviti pdpc mengikut kaedah Pdp abad ke 21. Kelas yang terlibat ialah kelas tingkatan 3 Arif untuk subjek Matematik dan kelas 4 Integriti untuk subjek PJK.


Pada 13 Mei yang lepas SMKPP turut mempamerkan hasil kerja murid dan juga mempersembahkan hasil kajian dari murid berasaskan eksperimen dalam subjek sains dan menghasilkan kreativiti murid  subjek lain juga seperti Bahasa Melayu , Bahasa Inggeris dan Matematik .

Semua guru terlibat melahirkan rasa syukur kerana semua murid telah mempamerkan kesungguhan melalui aktiviti PBL dan showcase yang dilaksanakan.

Semua murid telah dibimbing oleh guru -guru seawal daripada bulan Februari yang lalu dan ia telah membanggakan pihak sekolah kerana persembahan atau showcase dari murid SMKPP ini telah mendapat pujian daripada pihak yang berkaitan .

Semoga dengan aktiviti yang disediakan ini dapat menyediakan murid yang mempunyai pelbagai kebolehan mengikut aras pemikiran yang bersesuaian dengan matlamat dasar pendidikan melahirkan insan yang berilmu ,  yang seimbang dan hormonis .

Gambar - gambar sebelum hari kejadian _ hari SHOWCASE DAN PBL SMKPP ...


` PERSIAPAN GURU DAN MURID




























































B) Gambar -gambar semasa hari kejadian 








































Ucapan alu-aluan daripada Pengetua, En. Roslan Bin Mohd Zainal


ucapan perasmian daripada YB Dato Abdul Rahman Redza , ADUN Linggi  









kelab usahawan turut mengambil bahagian dengan membuka gerai minuman dan buah-buahan serta perkhidmatan gambar selfie ...


















C) Aktiviti Open Classroom - Matematik dan Pendidikan Jasmani



























D) Pameran daripada agensi-agensi luar yang turut memeriahkan showcase dan open classroom SMKPP 2017