WELCOME NOTE







"SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SMK PASIR PANJANG BATU 17 JALAN PANTAI 71250 PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN ..TEL :066619027 FAKS : 066610780 EMAIL : smpasirpanjangpdn9@gmail.com




Monday, April 13, 2015

SMKPP JOHAN PERTANDINGAN SCRABBLE DAERAH PD


Tanggal 9 April 2015 minggu lepas , SMKPP menyertai karnival Bahasa Inggeris bertempat di SMK Datuk Muhamad Yusof , Linggi .

Apa yang membanggakan selepas menjuarai pertandingan Sahibba peringkat daerah Port Dickson minggu lalu,  sekali lagi SMKPP dinobatkan sebagai Johan dalam pertandingan Scrabble Karnival Bahasa Inggeris peringkat daerah Port Dickson.
SMKPP diwakili oleh Rhineshivam A/l Subramaniam dan Anis Syaqeela Binti Perwira dari tingkatan 2 Arif menunjukkan prestasi yang membanggakan. Sekalung tahniah diucapkan kepada mereka berdua dan ianya sudah pasti menjadi kenangan paling manis buat Panitia Bahasa, yang diterajui oleh Ketua Bidang Bahasa , Pn Suriya Ariffin dan Ketua Panitia BM , Pn. Noriah Nordin serta Ketua Panitia Bahasa Inggeris, Pn . Sreedevi A/P Rajagopal serta semua guru - guru bahasa yang terlibat.

Tahniah kepada semua.

All the best ,,, SMKPP boleh !!!


Rhines dan Anis menerima hadiah dan sijil daripada Pn,Yeow Bee Lin GPK HEM semasa penyampaian hadiah peringkat sekolah.

ini pula penerima sijil bagi penyertaan choral speaking...



No comments:

Post a Comment