WELCOME NOTE







"SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SMK PASIR PANJANG BATU 17 JALAN PANTAI 71250 PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN ..TEL :066619027 FAKS : 066610780 EMAIL : smpasirpanjangpdn9@gmail.com




Tuesday, May 19, 2015

SAMBUTAN HARI GURU SMKPP MERIAH DENGAN TEMA " MOH POIE PANTAI "


Bersempena dengan sambutan hari guru pada 16 Mei setiap tahun , maka pada 18hb Mei yang lalu sambutan hari guru peringkat SMKPP telah diadakan dengan sederhana tetapi meriah .
Tema Hari Guru pada tahun 2015 ini adalah Guru; Membina Ilmu , Menyempurnakan Akhlak.

Bertemakan 'santai' dan 'pantai' maka simboliknya adalah jom kita ke pantai atau dalam loghat Negeri Sembilan ia menjadi 'moh poie pantai '....

Ramai guru telah mengenakan pakaian yang menepati tema hari guru pada tahun ini kerana sebelum perhimpunan hari guru semua guru telah menjalankan aktiviti sukaneka , yang diatur oleh badan Pengawas SMKPP yang diterajui oleh Pn. Siti Hajar Binti Abas dan dibantu oleh kaunselor SMKPP, Pn. Effa Khairunnisak Othman.

Aktiviti dimulakan dengan sukaneka di padang SMKPP seawal jam 7.45 pagi , dan waktu ini adalah paling sesuai untuk 'mendera' guru , kerana semua guru perlu mematuhi  semua arahan oleh semua Pengawas yang mengawasi semua permainan di padang .

Sebaik selesai acara padang, guru dan murid meraikan hari guru di Dewan Utama dengan memulakan acara perarakan semua guru ke Dewan dan mendapat sorakan yang meriah oleh semua murid SMKPP....

Berikut dipaparkan beberapa gambar menarik aksi guru-guru SMKPP di padang semasa acara sukaneka.....

Tahniah semua warga SMKPP kerana begitu 'sporting' menyambut hari guru peringkat SMKPP kali ini....





bersungguh - sungguh menyiapkan pakaian ala ke pantai untuk si comel ni...

 melangkah bergaya ke padang , bersama kumpulan masing-masing...






















Berikrar sentiasa menjalankan amanah dengan baik....

Pengetua , memotong pulut kuning dan kek yang disumbangkan oleh bekas anak murid sempena Hari Guru 2015...


No comments:

Post a Comment