WELCOME NOTE







"SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SMK PASIR PANJANG BATU 17 JALAN PANTAI 71250 PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN ..TEL :066619027 FAKS : 066610780 EMAIL : smpasirpanjangpdn9@gmail.com




Saturday, July 18, 2015

Salam RIMUP jalinan kukuhkan perpaduan...

Tradisi salam menyalam sebelum tiba suatu perayaan di antara murid SMKPP yang berbilang kaum, diteruskan bagi mengukuhkan perpaduan di antara mereka , secara tidak langsung dapat memupuk nilai saling hormat menghormati antara warga SMKPP sendiri.

Sebelum bercuti panjang selama seminggu sempena sambutan Aidilfitri  , maka pada hari Selasa, bersamaan 14hb Julai 2015 yang lalu , semua murid SMKPP memberi ucapan Selamat Hari Raya kepada semua rakan mereka dan  kepada semua guru SMKPP juga.

Diharapkan , usaha murni seperti ini dapat diteruskan , agar perpaduan yang sedia terjalin dapat dipertingkatkan bukan sahaja di persekitaran sekolah , malahan di luar sekolah juga. 

Salam Aidilfitri dari meja blogger SMKPP.... Maaf Zahir dan Batin.




















No comments:

Post a Comment