WELCOME NOTE







"SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SMK PASIR PANJANG BATU 17 JALAN PANTAI 71250 PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN ..TEL :066619027 FAKS : 066610780 EMAIL : smpasirpanjangpdn9@gmail.com




Monday, June 13, 2016

PELANCARAN BULAN IHYA RAMADAN 1437H / 2016 M

Bersempena kedatangan bulan Ramadan Al Mubarak bagi tahun 2016 ini pelbagai program kerohian diatur bagi semua murid Islam SMKPP antaranya ceramah , berselawat, zikir , tadarus Al-Quran , Pertandingan Khatib Cilik, Pertandingan Azan dan laln-lain lagi.

Sebagaimana yang kita ketahui,  bulan ini merupakan bulan yang penuh keberkatan dan rahmat Allah s.w.t . Kedatangan bulan Ramadan memang dinantikan oleh seluruh umat Islam . Ini adalah kerana pada bulan ini, Allah telah menjanjikan ganjaran pahala yang berganda kepada hamba-hambanya yang bertaqwa dan beramal soleh, Di bulan Ramadan ini juga Allah telah mewajibkan hambanya agar menunaikan ibadah puasa. Ibadah puasa yang dilakukan dengan penuh keikhlasan akan mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah swt sebagaimana sabda Rasulullah dalam hadis qudsi yang bermaksud:

"Semua amalan anak Adam adalah baginya , melainkan puasa kerana ia adalah untukKu dan Aku akan membalasnya".

Berikut dipaparkan gambar-gambar sekitar majlis pelancaran Bulan Dakwah peringkat sekolah  yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam SMKPP.




















No comments:

Post a Comment