WELCOME NOTE







"SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SMK PASIR PANJANG BATU 17 JALAN PANTAI 71250 PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN ..TEL :066619027 FAKS : 066610780 EMAIL : smpasirpanjangpdn9@gmail.com




Monday, July 3, 2017

TERIMA KASIH CIKGU ROSNANI ...

Tempoh 33 tahun berkhidmat sebagai guru adalah tempoh yang panjang mencurahkan bakti mendidik dan memberi bimbingan kepada anak bangsa sehingga mampu memberi khidmat kepada negara , itu lah yang dilakukan oleh Puan Rosnani 'Mas Yaacob atau lebih dikenali sebagai "Mama Nani " di kalangan rakan-rakan setugas dan Cikgu Nani di kalangan murid -murid SMKPP.

Tanggal 27 Mei lepas SMKPP telah mengadakan majlis persaraan untuk Cikgu Rosnani dan ia telah dijalankan dengan sempurna dan meninggalkan kesan kepada semua guru , staf sokongan dan murid - murid SMKPP.

Cikgu Rosnani Mas telah diraikan dengan tema "Pengantin Tradisional " lengkap dengan kelengkapan hantaran dan Pelamin yang dihias indah di atas pentas dewan dan masuk ke dalam dewan dengan iringan paluan kompang.

 Kami warga SMKPP mendoakan semoga Cikgu Rosnai Mas bahagia dan sihat di samping keluarga tercinta meniti kehidupan selepas bersara.



































1 comment:

  1. Kak nani dalam kenangan...semoga ukhuwwah tetap terjalin

    ReplyDelete