WELCOME NOTE







"SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SMK PASIR PANJANG BATU 17 JALAN PANTAI 71250 PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN ..TEL :066619027 FAKS : 066610780 EMAIL : smpasirpanjangpdn9@gmail.com




Thursday, April 3, 2014

Selamat kembali semula ke sekolah ....

Assalammulaikum dan selamat sejahtera buat semua ...

Seminggu bercuti sudah berlalu kini penggal 1 bahagian 2 persekolahan bermula , sepanjang minggu ini SMKPP bersiap sedia kembali dengan aktiviti dalam dan luar bilik darjah.

Minggu pertama ini , Panitia Sains dan Matematik bersiap sedia dengan aktiviti bulan Sains Matematik yang akan dilancarkan pada Isnin ini , 7hb April 2014. Selain daripada itu aktiviti luar bilik darjah pula aktiviti sukan tara akan diadakan sepanjang bulan April waktu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan . Minggu pertama ini akan dimulakan dengan acara larian 100 meter dan lontar peluru bagi Perempuan 13,15 , 18 ,  Lelaki 13 , 15 dan 18.  Selain daripada itu , aktiviti latihan pusat olahraga sudah bermula minggu ini dan beberapa orang murid SMKPP terpilih untuk mewakili daerah Port Dickson ke peringkat negeri.

Diharapkan sesi baru akan dimulakan dengan semangat baru , dan apa yang pasti aktiviti yang sudah dirancang bakal dilaksana dengan sebaik mungkin. Bagi semua murid SMKPP pastinya semakin mencabar kerana beberapa minggu sahaja lagi peperiksaan pertengahan tahun bakal menjengah tiba bulan Mei ini.

Akhir kata selamat menjalani aktiviti untuk penggal 1 bahagian 2 ini..semoga semua yang dirancang menjadi kenyataan ..Selamat berjuang untuk semua warga SMKPP ..~ blogger SMKPP .

No comments:

Post a Comment