WELCOME NOTE







"SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SMK PASIR PANJANG BATU 17 JALAN PANTAI 71250 PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN ..TEL :066619027 FAKS : 066610780 EMAIL : smpasirpanjangpdn9@gmail.com




Monday, April 7, 2014

Aktiviti Sekolah Pada Minggu Pertama Selepas Cuti ....



Minggu pertama persekolahan selepas cuti sekolah pertengahan penggal satu yang lalu diisi dengan aktiviti kokurikulum. Sukan tara , kuiz sains dan kuiz kimia serta juga pertunjukan lompat tali telah diadakan sepanjang minggu pertama tersebut.

Sukan tara akan diadakan sepanjang April 2014 waktu PJK , acara yang telah dilaksana adalah larian 100 meter dan juga lontar peluru . Sementara itu, bulan April adalah bulan Sains dan Matematik , maka aktiviti pertama telah diadakan pada pagi Rabu yang lalu iaitu semua murid terlibat dengan kuiz Sains untuk kelas tingkatan 1 hingga 5 manakala tingkatan 4 dan 5 aliran sains murid terlibat dengan kuiz Kimia.

Untuk mencari bakat baru dan kelainan , slot 1M1S telah memberi laluan kepada pertunjukan lompat tali dengan kehadiran instruktor En. Samsudin dari Klinik Kesihatan Pasir Panjang dan beberapa orang murid dari SMKPP sendiri yang sudah beberapa kali memenangi pertandingan lompat tali peringkat negeri dan kebangsaan.

GAMBAR-GAMBAR SUKAN TARA ;





GAMBAR-GAMBAR KUIZ SAINS DAN KUIZ KIMIA;











GAMBAR-GAMBAR PERTUNJUKAN LOMPAT TALI;






GAMBAR -GAMBAR AKU HEBAT AKU BERBAKAT;
                                              SYAIR MH370 OLEH KELAS 3 KARISMA




No comments:

Post a Comment