WELCOME NOTE







"SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SMK PASIR PANJANG BATU 17 JALAN PANTAI 71250 PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN ..TEL :066619027 FAKS : 066610780 EMAIL : smpasirpanjangpdn9@gmail.com




Monday, June 29, 2015

PASUKAN BICARA BERIRAMA TERIMA PINGAT KEMENANGAN ---Berjaya Meraih Naib Johan Daerah Port Dickson

Tahniah kepada pasukan bicara berirama SMKPP kerana muncul sebagai Naib Johan dalam pertandingan bicara berirama peringkat Daerah Port Dickson baru-baru ini, di samping itu konduktor pasukan , Nur Shuhada Azila Binti Mohd Nazri   diumum sebagai konduktor terbaik.

Ahli pasukan dan guru penasihat tetap menyemai semangat untuk muncul sebagai Johan pula selepas ini dan semoga impian menjadi kenyataan hendaknya.

Tahniah dan terima kasih buat semua guru pembimbing terutama cikgu Salleh B Mohamad , yang tidak jemu memberi tunjuk ajar , begitu juga Cikgu Julia Zainal , Cikgu Bibi Sarah dan Cikgu Anwar Ibrahim , walaupun cuti sekolah , sanggup berkorban masa dan tenaga bersama ahli pasukan bicara berirama yang berlatih ketika cuti sekolah baru-baru ini...

Walau pun muncul sebagai Naib Johan , anda tetap juara di hati kami.... Tahniah SMKPP...

Guru-guru penasihat turut menerima pingat ,, pingat disampaikan oleh GPK Kokurikulum , En. Adly Hazrami Bin Masngadi.




































No comments:

Post a Comment