WELCOME NOTE







"SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SMK PASIR PANJANG BATU 17 JALAN PANTAI 71250 PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN ..TEL :066619027 FAKS : 066610780 EMAIL : smpasirpanjangpdn9@gmail.com




Sunday, June 28, 2015

LALUAN IQRA CETUSKAN SEMANGAT INGIN TAHU DI KALANGAN MURID ...

Program Laluan Iqra yang dijalankan setiap pagi Isnin semasa perhimpunan rasmi mempunyai pengikut setia yang tersendiri di mana mereka akan bersedia menjawab soalan yang berkaitan dengan artikel yang disediakan oleh Panitia Matapelajaran setiap minggu.

Laluan Iqra diadakan bagi menjana idea murid setelah membaca artikel yang disediakan oleh Panitia matapelajaran mengikut giliran sepanjang tahun. Ia juga bagi menarik minat murid dengan tabiat membaca sekurang-kurangnya selama lima minit sehari bagi menambah ilmu. Setelah itu, soalan akan dikemukakan bagi menguji kefahaman mereka semasa membaca artikel dan hadiah disediakan oleh Pusat Sumber Sekolah , PSS. 

Semoga murid-murid SMKPP beroleh ilmu berpanjangan sepanjang hayat.... Insha Allah.












 

No comments:

Post a Comment