WELCOME NOTE







"SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SMK PASIR PANJANG BATU 17 JALAN PANTAI 71250 PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN ..TEL :066619027 FAKS : 066610780 EMAIL : smpasirpanjangpdn9@gmail.com




Friday, October 28, 2016

Corat Coret Blogger SMKPP

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengikut blog SMKPP ...
Sudah agak lama blog ini menyepi.. entri terakhir pada bulan September lepas...selain kekangan masa blogger ia juga disebabkan network atau rangkaian internet yang kadangkala perlahan menyebabkan ada entri yang gagal masuk....tetapi tidak mengapa blogger SMKPP akan sentiasa mengemaskini entri aktiviti yang terbaru mahupun yang sudah dilaksanakan beberapa bulan yang lepas.

Diharapkan pengikut atau followers blog SMKPP akan terus memberi sokongan kepada blog ini sebagai wadah info terkini kepada semua yang mengenali atau yang ingin mengenali SMKPP dengan lebih dekat..

Hari ini 28 hb Oktober 2016 bersamaan hari Sabtu maka blogger mewakili seluruh warga SMKPP ingin mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua penganut agama Hindu yang menyambut perayaan berkenaan hari ini.

Sempena perayaan  Deepavali, SMKPP dan semua sekolah - sekolah kerajaan seluruh negara ditutup sehingga 1hb November 2016 ini. Semoga cuti yang ada dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua warga SMKPP khususnya kepada calon SPM 2016 kerana perlu bersiap sedia menghadapi peperiksaan penting itu yang akan bermula pada 7 hb November 2016 ini.
 Untuk semua calon SPM 2016 khususnya buat calon-calon SMKPP ~ SELAMAT BERJUANG~

No comments:

Post a Comment