WELCOME NOTE







"SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SMK PASIR PANJANG BATU 17 JALAN PANTAI 71250 PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN ..TEL :066619027 FAKS : 066610780 EMAIL : smpasirpanjangpdn9@gmail.com




Friday, October 28, 2016

GAMBAR -GAMBAR SEKITAR PROGRAM INSPIRASI SPM YaPEIM 2016

Peperiksaan SPM menjelang tiba ... akan bermula pada 7hb November 2016 ini sehingga 6 hb Disember 2016 nanti ... debaran hati setiap calon pasti terasa kerana peperiksaan SPM penentu masa depan ke mana kita 5 tahun akan datang ..sekurang-kurangnya jika calon sudah ada cita-cita sudah pasti sudah menetapkan sasaran cita-cita itu sudah terlaksana dalam tempoh 5 tahun itu nanti.

Sempena peperiksaan berkenaan Yayasan Pembangunan Islam Malaysia atau dikenali sebagai YaPeim dengan kerjasama pihak PPD menganjurkan satu program untuk bakal calon SPM yang beragama Islam iaitu Program Inspirasi SPM YaPEIM bagi mndedahkan calon terhadap teknik menjawab untuk subjek-subjek teras seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris , Matematik , Sains , Pendidikan Islam serta Sejarah.

Sekurang-kurangnya calon sudah ada isi yang mahu di bawa ke dewan peperiksaan nanti sebagai persediaan menjawab soalan untuk subjek-subjek berkenaan.

Menurut Pengarah YaPEIM Melaka dan Negeri Sembilan ini adalah program kali pertama dan tahun ini daerah Seremban dan Port Dickson terpilih untuk menyertainya mengikut zon.

Sekolah - sekolah  di bawah Zon Pasir Panjang adalah ;

1. SMK PASIR PANJANG
2. SMK DATUK MUHAMMAD YUSOF , LINGGI
3. SM AGAMA TELUK KEMANG

Program ini dijalankan serentak mengikut zon dan calon SPM pula adalah terdiri daripada calon GALUS yang mempunyai potensi untuk lulus dengan baik dan dibimbing oleh guru yang Cemerlang dan berpengalaman dalam teknik menjawab SPM.

Berikut gambar -gambar yang sempat dirakam semasa program ini dijalankan ...












































No comments:

Post a Comment