WELCOME NOTE







"SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SMK PASIR PANJANG BATU 17 JALAN PANTAI 71250 PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN ..TEL :066619027 FAKS : 066610780 EMAIL : smpasirpanjangpdn9@gmail.com




Thursday, March 16, 2017

TAHNIAH BUAT SEMUA CALON SPM SMKPP 2016 GPS SEKOLAH MENINGKAT DARIPADA 6.19 KEPADA 5.87

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua calon SPM SMKPP tahun 2016 kerana berjaya meningkatkan kelulusan bagi subjek Bahasa Melayu dan Sejarah menjadikan peratusan calon yang mendapat sijil meningkat sekaligus meningkatkan Gred Purata Sekolah (GPS).

Blogger tidak berkesempatan menemuramah pentadbir dan calon-calon yang cemerlang ..Insha Allah esok lusa blogger SMKPP akan mengemaskini blog menampilkan komen calon-calon cemerlang semoga menjadi panduan kepada semua bakal calon SPM tahun 2017 dan seterusnya ...

 Calon-calon SPM SMKPP 2016 yang berjaya memperoleh gred cemerlang bergambar kenangan bersama Pengetua, En. Roslan Bin Mohd Zainal dan GPK HEM , En . Mohd Kavi Bin Shamsudin.

 "Tahniah ye" , cikgu Maslinda Yahaya sempat mengucapkan tahniah buat calon Ngan Suk Ying yang bagai tidak percaya dengan keputusan yang diperolehinya.

Calon kelas 5 Sarjana dengan guru tingkatan mereka Pn. Nor Jamaliah tenang menunggu sijil berhenti sekolah dan keputusan peperiksaan .

No comments:

Post a Comment