WELCOME NOTE







"SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SMK PASIR PANJANG BATU 17 JALAN PANTAI 71250 PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN ..TEL :066619027 FAKS : 066610780 EMAIL : smpasirpanjangpdn9@gmail.com




Thursday, March 2, 2017

SIMULASI PILIHANRAYA LATIH PELAJAR MENGUNDI DEMOKRASI

Tanggal 1 Mac 2017 merupakan satu tarikh bersejarah untuk SMKPP kerana ia melatih murid mengundi secara demokrasi memilih calon Presiden Kelab 1 Malaysia untuk sessi 2017.

Daripada proses penamaan calon, tempoh berkempen dan meraih pengundi serta menjadi kerani daftar undi serta menjaga peti undi menjadi pengalaman yang amat bermakna buat semua pelajar SMKPP.

Apa yang membanggakan seramai 99.26% murid keluar mengundi dan ia amat membanggakan kerana hampir semua murid menjadi pengundi dan dapat meraih pengalaman awal sebelum mencapai umur 21 tahun  menjadi pengundi berdaftar.

Tiga parti bertanding masing - masing adalah diwakili oleh

1.  Parti Pisang diwakili oleh Nur Hidayah Binti Mohd Arafa meraih 358 undi.

2. Parti Epal diwakili oleh Nur Syuhada Azila Binti Mohd Nazri meraih 120 undi .

3. Parti Nenas pula diwakili oleh Muhamad Hazli Bin Muhamad Hairul meraih 52 undi.


Tahniah diucapkan kepada parti Pisang yang diwakili oleh Nur Hidayah Mohd Arafa kerana berjaya memenangi kerusi Presiden Kelab 1 Malaysia.
Selamat menjalankan tugas dengan baik sepanjang sessi 2017 ini...Selamat maju jaya....














































































No comments:

Post a Comment