WELCOME NOTE







"SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SMK PASIR PANJANG BATU 17 JALAN PANTAI 71250 PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN ..TEL :066619027 FAKS : 066610780 EMAIL : smpasirpanjangpdn9@gmail.com




Wednesday, September 3, 2014

TAHNIAH BICARA BERIRAMA SMKPP ....dinobatkan Naib Johan dan Konduktor Terbaik ...



Tanggal 27hb Ogos , 2014 bersamaan hari Rabu yang lepas ,bertempat di dewan SMK Dato Abdul Samad Port Dickson , sekali lagi  SMK Pasir Panjang (SMKPP) telah mencatat  sejarah yang membanggakan setelah memenangi tempat kedua pertandingan bicara berirama peringkat Daerah Port Dickson .

Apa yang lebih membanggakan SMKPP , konduktor pasukan tersebut,  Nur Syuhada Azila Binti Mohd Nazri dinobatkan sebagai konduktor terbaik.

Sekalung tahniah diucapkan kepada guru - guru yang melatih pasukan bicara berirama ini , yang berkorban masa dan tenaga iaitu Cikgu Salleh Mohamad , Ketua bidang Teknik dan Vokasional , Cikgu Bibi Sarah Binti Hasrap , Cikgu Noor Ayuni Solehah Binti Romaihah dan Cikgu Anwar Bin Ibrahim .

Warga SMKPP terus mendoakan agar pasukan bicara berirama sekolah akan terus berusaha untuk menempatkan diri di kalangan yang terbaik dalam daerah , negeri dan seterusnya kebangsaan ...

SMKPP Boleh !!!!
                               Nur Syuhada menerima hadiah konduktor terbaik daripada Pengetua
                                             Persembahan semula kepada warga SMKPP
                                           Sebahagian daripada gaya yang ditonjolkan ...


                                     Pingat yang dimenangi ...

No comments:

Post a Comment