WELCOME NOTE







"SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SMK PASIR PANJANG BATU 17 JALAN PANTAI 71250 PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN ..TEL :066619027 FAKS : 066610780 EMAIL : smpasirpanjangpdn9@gmail.com




Thursday, March 5, 2015

TAHNIAH TEAM OLAHRAGA RANGKUL EMAS, PERAK , GANGSA DALAM KEJOHANAN MSSD 2015



Tahniah diucapkan kepada team olahraga SMKPP kerana merangkul beberapa pingat , emas , perak dan gangsa dalam kejohanan Olahraga MSSD yang berlangsung di Padang SMK Intan Perdana Port Dickson yang bermula dari 2hb Mac 2015 hingga 6hb Mac 2015 . 

Setakat jam 10.40 pagi hari ini (dikemaskini semula Jumaat , 6 Mac 2015) SMKPP berjaya merangkul 6 pingat emas , 7 pingat perak dan 2 pingat gangsa. 

Acara - acara yang meraih pingat itu adalah seperti , Lompat jauh , lompat tinggi , rejam lembing , lari berganti 4 X 100 meter, larian 3000 meter serta lari berpagar 100 meter. 

Berikut dipaparkan beberapa gambar yang menunjukkan kemenangan oleh peserta - peserta yang mewakili SMKPP dalam beberapa acara yang dipertandingkan.

Apa yang menarik , dua orang murid dari kelas Mutiara (Pendidikan Khas) turut memenangi acara yang disertai iaitu Nur Shakirah , Mohd Raizehan serta Mohd Ilhan Hariz , memenangi pingat gangsa dalam acara lontar peluru... Ternyata murid pendidikan khas mula menunjukkan taring apabila di padang setelah diberi peluang untuk mencuba... Tahniah.

Tahniah diucapkan kepada semua yang mengambil bahagian....

SMKPP boleh !!!






Berikut pula gambar - gambar penyampaian hadiah untuk murid Pendidikan khas , Nur Shakirah menerima pingat  dan sijil kemenangan.

Adik Raizehan menerima pingat dan sijil kemenangan ...



Adik Ilhan Hariz memenangi pingat gangsa dalam acara lontar peluru....



Antara atlet - atlet SMKPP yang sudah kepenatan dalam acara hari ini...terima kasih kerana menyokong kami cikgu!!!

No comments:

Post a Comment