WELCOME NOTE







"SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SMK PASIR PANJANG BATU 17 JALAN PANTAI 71250 PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN ..TEL :066619027 FAKS : 066610780 EMAIL : smpasirpanjangpdn9@gmail.com




Tuesday, March 17, 2015

JAMUAN PERPISAHAN @ PORT DICKSON GOLF COUNTRY CLUB


Seperti sedia maklum , mantan Pengetua SMKPP , En Ab Wahab Bin Maadah sudah bertukar ke SMK Intan Perdana , Port Dickson bermula awal Disember 2014 yang lalu. Begitu juga dengan Pn. Rokiah Binti Wahab atau cikgu Rokiah yang sudah berkhidmat selama 19 tahun di SMKPP melangkah ke sekolah baru itu pada tahun ini bersama Pn. Maznira Binti Mohd Kuzin yang sudah 6 tahun berkhidmat di SMKPP. 

Ibarat patah tumbuh , hilang berganti , pemergian guru-guru ini sudah diisi pengganti , namun majlis rasmi perpisahan untuk ketiga-tiga guru ini baru terlaksana pada tanggal 10 hb Mac yang lalu bertempat di Port Dickson Golf Country Club .

Majlis perpisahan ini berlangsung mulai jam 3.00 petang dimulakan dengan ucapan alu - aluan daripada Pengetua SMKPP , En. Roslan Bin Mohd Zainal. Ini diikuti oleh ucapan perpisahan daripada tiga orang guru yang diraikan , dimulai dengan Pn, Maznira , Pn, Rokiah dan juga Cikgu Ab Wahab. Apa pun selamat bertugas buat semua guru yang berpindah , anda kekal diingatan semua warga SMKPP ...

A)Ucapan perpisahan daripada Cikgu Ab Wahab...

B) Cikgu Ab Wahab menerima hadiah daripada kelab staf SMKPP yang disampaikan oleh Pengetua, En. Roslan Mohd Zainal.

C) Pn. Hjh . Rokiah atau cikgu Rokiah menerima hadiah daripada kelab Staf

D) Pn. Maznira Mohd Kuzin atau Cikgu Maznira tidak ketinggalan menerima hadiah yang disampaikah oleh Pengetua , En. Roslan Bin Mohd Zainal.

E) Bergambar kenangan bersama sebelum pulang.,semoga berjumpa lagi ...


No comments:

Post a Comment