WELCOME NOTE







"SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SMK PASIR PANJANG BATU 17 JALAN PANTAI 71250 PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN ..TEL :066619027 FAKS : 066610780 EMAIL : smpasirpanjangpdn9@gmail.com




Thursday, March 5, 2015

DEBARAN KEPUTUSAN SPM 2014 TERJAWAB....



Tanggal 3 hb Mac yang lepas sudah pasti menjadi tarikh keramat bagi calon-calon SPM 2014 kerana tarikh ini lah debaran menunggu keputusan akan terjawab kerana keputusan akan diketahui pada hari ini.

Tahun ini SMKPP merasa bertuah kerana ada dua orang calon yang mendapat semua A dalam semua matapelajaran yang diambil . Mereka ialah Tee Jing Yang (7A+ , 2 A ) dan Brennie Goh Pei Lee (5A+ , 4A) . Terdapat juga beberapa orang calon yang mendapat lebih daripada 4A pada tahun ini . Antara calon -calon berkenaan ialah ;

Farhana Jasmin Binti Jaafar , Muhammad Tarmizi Bin Ahamad , Zee Zheng dan Nur Awadah Binti Abdul Wahid.

Penyampaian keputusan SPM 2014 dilakukan di Dewan Utama SMK Pasir Panjang dan keputusan disampaikan oleh Pengetua SMKPP , En.Roslan Bin Mohd Zainal diiringi oleh En. Abdul Wahid Abdul Ghani , GPK 1 SMKPP .

Keputusan untuk calon-calon lain mengikut kelas masing-masing di tempat yang sama oleh guru tingkatan masing-masing .



No comments:

Post a Comment