WELCOME NOTE







"SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SMK PASIR PANJANG BATU 17 JALAN PANTAI 71250 PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN ..TEL :066619027 FAKS : 066610780 EMAIL : smpasirpanjangpdn9@gmail.com




Tuesday, January 13, 2015

HARI PERTAMA KE SEKOLAH TAHUN 2015...PENUH CERIA DAN SEMANGAT BARU...



Tahun baru, baju baru , seluar baru, kasut baru , tudung baru , semua serba baru , semangat pun  mesti baru , maka jadilah anda sebagai insan baru....wahai warga SMKPP....

Hari pertama persekolahan adalah paling ditunggu - tunggu oleh semua murid apatah lagi semua kelengkapan sekolah dari pakaian hingga ke kasut sudah sedia digayakan , menyebabkan hati sudah tidak sabar memakainya ke sekolah hari ini . 

Maka , pada hari ini, 12 hb Januari 2015 pagi yang sungguh ceria , terutama yang pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah menengah , bersiap sedia melangkah ke alam remaja . Mereka hari ini disambut oleh guru di pintu pagar sekolah , apatah lagi guru itu adalah Guru Penolong Kanan 1, En. Abdul Wahid Bin Abdul Ghani.

Melihat guru yang menyambut kedatangan , sudah pasti dalam hati ,terasa bangga dan merasa terlalu dihargai oleh guru kerana hadir ke sekolah.

Ini sebenarnya selaras dengan dasar SMKPP sendiri melahirkan Guru Penyayang dan melahirkan murid yang cintakan sekolah, dan seterusnya cinta dan sentiasa dahagakan ilmu...

Hari ini juga adalah perhimpunan sekolah yang pertama bagi sessi 2015. Perhimpunan pertama diadakan di Dewan Utama dan apa yang lebih mengujakan setiap orang murid ialah ,hari ini barisan pengurusan SMKPP memperkenalkan Pengetua yang baru  iaitu Encik Roslan Bin Mohd Zainal yang menggantikan mantan Pengetua Cemerlang SMKPP sebelum ini , Encik Ab Wahab Bin Maadah yang bertukar ke SMK Intan Perdana Port Dickson.

Semoga tahun baru , dengan pengurusan yang baru serta azam yang baru SMKPP akan dapat melahirkan murid yang lebih cemerlang bukan sahaja dalam akademik, malah mempunyai peribadi insaniah yang terpuji... InshaAllah , bersama kita merealisasikannya...









Ucapan pertama daripada Pengetua SMKPP yang baru , En. Roslan Bin Mohd Zainal

barisan guru -guru ...

No comments:

Post a Comment