WELCOME NOTE







"SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SMK PASIR PANJANG BATU 17 JALAN PANTAI 71250 PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN ..TEL :066619027 FAKS : 066610780 EMAIL : smpasirpanjangpdn9@gmail.com




Tuesday, January 13, 2015

LDP PANITIA BAHASA MELAYU SMKPP ~ "JOM FROG VLE"



Sehari selepas menyambut tahun baru 2015 , guru-guru Panitia bahasa Melayu SMKPP bertemu semula untuk mendalami penggunaan Frog VLE dengan masing - masing membina 'site' pedagogi sendiri. Ia termasuklah bagaimana memilih site yang menarik , memasukkan fail , memasukkan 'media' daripada internet seperti video serta juga 'copy and paste' dari sumber laman web yang sesuai , membina latihan, berkongsi /share site untuk dilihat oleh rakan setugas dan menghantar tugasan (assign) kepada  murid-murid SMKPP.

Apa yang menarik , dalam sessi ini ia bukan sahaja dihadiri oleh guru daripada Panitia Bahasa tetapi juga menarik minat guru daripada Panitia Kimia, Geografi dan Kemahiran Hidup yang turut hadir , dan mentor yang mengendalikan kursus ini pula adalah guru Teknologi Maklumat (ICT) SMKPP , En. Yusri Mokhtar yang juga daripada Panitia Bahasa Melayu.

Sambil menyelam minum air, begitulah diibaratkan, LDP ini kerana selain mendalami  frog VLE , ia juga mengeratkan hubungan antara rakan panitia SMKPP....apatah lagi ia dikendalikan semasa minggu terakhir cuti ....Jom guna Frog VLE....






No comments:

Post a Comment